Konfiden Eja Perkataan ‘Terengganu’, Sekali Lain Pula Yang Kanak-Kanak Perempuan Ini Sebut
Punyalah panjang dia eja, sekali itu je ayatnya. Lawaklah kau dik!
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Kanak-kanak yang sedang membesar sememangnya mudah untuk diajar mengeja, mengira, membaca dan sebagainya
Hal ini bukan saja disebabkan oleh daya ingatan mereka yang kuat, malah kanak-kanak juga merupakan fast learner. Jadi, ia memudahkan mereka untuk menyerap apa saja yang dipelajari.
Namun, lain pula yang jadi dalam sebuah video yang tular baru-baru ini apabila seorang kanak-kanak perempuan mengeja perkataan ‘Terengganu’ telah mengundang dekah ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Konfiden eja Terengganu, sekali lain pula yang keluar dari mulut
Menerusi video yang dimuat naik oleh @nnnasuhaa_, kelihatan kanak-kanak itu memegang anak patung penyu yang tertulis perkataan Terengganu di bawah badannya.
Dia dilihat mengeja satu-satu perkataan itu dengan lancar seolah-olah tiada satu pun yang salah.
Namun, apa yang membuatkan ramai terhibur adalah apabila setelah selesai mengeja, dia menyebut ‘penyu’ dan bukan ‘Terengganu’.
”Hahaha dik, lama tau tunggu eja satu-satu. Sebutnya dua suku kata je, manalah awak dapat ilham confident tinggi sangat tu” - Netizen
Ketika artikel ini ditulis, video itu telah meraih 1.3M views, 136.5K likes dan 14.4K shares di TikTok.
Tinjauan di ruangan komen pula mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagatnya yang konfiden mengeja.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!