seismik

Penyelam Ini Terjumpa Bungkusan Berisi Pemberat Batu, Tak Sangka Isinya Pula Buat Meremang

Takutnya tengok.

Cover image via @karll9_ (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Walaupun kita sudah masuk tahun 2022 dan berada di era yang sangat maju, sebenarnya masih ramai di luar sana yang mempercayai benda atau ajaran karut

Kepercayaan itu sememangnya sudah ada sejak dari dulu lagi dalam kalangan masyarakat kita. Antaranya adalah dengan menghantar santau dan melakukan perbuatan sihir terhadap orang lain.

Perkara sebegini boleh berlaku sekiranya iman kita tidak kuat dan sering mempunyai perasaan dengki dengan orang lain. Maka, ketika itulah syaitan akan menghasut kita untuk membuat perkara yang bukan-bukan dan melanggar hukum agama.

Seperti apa yang berlaku baru-baru ini, sebuah video tular menunjukkan seorang penyelam telah menjumpai sebungkus plastik berisi batu nisan mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@karll9_ Balas kepada @yantiff._ suara asli - rafaaldiansyah

Terjumpa plastik berisi batu nisan, kain kapan dan tanah kubur dalam laut

Menerusi perkongsian video daripada @karll9_, kelihatan penyelam itu menemukan sebungkus plastik berwarna hitam di dalam laut yang tidak diketahui lokasinya.

Namun, apa yang mengejutkan orang ramai adalah apabila dia membuka plastik itu, dia menjumpai beberapa keping batu nisan dan kain kapan berisi tanah kubur.

Rupa-rupanya, menurut salah seorang gadis di ruangan komen sebenarnya itu merupakan bungkusan dipercayai ilmu sihir yang dibuang ke dalam laut atau sungai dengan tujuan tertentu.

Kebetulan, penyelam tersebut ditakdirkan menjadi perantara untuk menyelamatkan nyawa bakal mangsa yang ingin disihir itu.

"Subhanallah, penyelam menjadi asbab yang Allah kirimkan untuk kesembuhan hambaNya. Allahuakbar" - Netizen

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih sehingga 29M views, 1.1M likes dan 6.9K shares di TikTok.

Tinjauan di ruangan komen pula mendapati rata-rata netizen turut memberikan pendapat masing-masing mengenainya.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Wallahualam. Apa-apa pun kita tak boleh terlalu percaya dan tak boleh juga kalau tak percaya. Semoga dijauhkan dengan perkara-perkara macam ni :/

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: