seismik

[VIDEO] Ibu Bapa Abang Viva Sebak Dapat Hadiah Kereta 4x4, Ramai Kagum Dengan Usahawan Ini

Rezeki yang tak disangka-sangka.

Cover image via @shahasan123 (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Siapa je yang tidak mengenali Abang Viva, hero rakyat Malaysia yang banyak membantu mangsa banjir sebelum ini

Dia yang sebelum ini telah memberi inspirasi buat orang ramai gara-gara tidak jemu menghulurkan bantuan buat mangsa banjir di beberapa buah negeri sememangnya menyentuh hati rakyat Malaysia.

Oleh sebab kereta Viva dan bot yang digunakan bukan miliknya, ramai usahawan dan influencer ingin membalas budinya dengan menghadiahkan kereta baru.

Seperti baru-baru ini, sebuah video tular di laman TikTok memaparkan reaksi kedua ibu bapa Abang Viva selepas mendapat kejutan hadiah kereta 4x4 telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@shahasan123

Alhamdulillah thumma alhamdulillah kenangan terindah

original sound - ShaHasan22

Usahawan dan influencer terkenal buat kejutan hantar kereta 4x4 ke Melaka

Menerusi video yang dimuat naik oleh @shahasan123, kelihatan dia dan suaminya serta beberapa lagi orang pekerja nekad untuk turun ke Alor Gajah, Melaka demi menjayakan kejutan buat Abang Viva dan keluarganya.

Sha Hasan meminta ibu bapa Abang Viva untuk menutup mata terlebih dahulu sebelum menerima kejutan sebuah kereta model Mitsubishi Triton buat mereka sekeluarga.

Apa yang menyentuh hati ramai adalah apabila reaksi ibu dan bapa Abang Viva yang mengalirkan air mata sambil mengucapkan syukur atas sumbang yang sangat bermakna itu.

Terdahulu, Abang Viva juga telah menerima sebuah motosikal daripada orang yang tidak dikenali.

"Alhamdulillah. Allahu, rezeki anak kegembiraan mak ayah. Abang Viva bawak pergi buat kerja amal, pahala pun mengalir juga pada si pemberi" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini telah mencecah 2.6M tontonan, 320.2K tanda suka dan 12K perkongsian di TikTok, rata-rata netizen turut merasa sebak dan kagum melihat kesungguhan Sha Hasan dan suaminya untuk menggembirakan Abang Viva sekeluarga.

Malah, ramai yang mendoakan semoga mereka dilimpah rezeki dengan lebih asbab daripada pertolongan yang diberikan.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Kami pun tumpang gembira tengok video ini, semoga kita semua dapat jadikan ia sebagai inspirasi dan sentiasa berbuat baik dengan orang lain :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: