seismik

"Kau Memang Layak Bro" - Abang Viva Terima Sijil Adiwira Prihatin Musibah Daripada APM

Dia hanya orang awam biasa, tetapi mempunyai hati yang ikhlas membantu.

Cover image via Richard Ker (Facebook) & Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (Facebook)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Menolak diberikan pangkat, upah dan hadiah, Azwan Omar atau dikenali sebagai Abang Viva pernah menyatakan dirinya tidak mahu dikenali ramai

Menurut laporan, Abang Viva sanggup mengambil cuti kecemasan dan enggan menerima segala tajaan dalam proses menyelamat mangsa banjir.

Lelaki kelahiran Melaka itu kini telah diberikan sijil kepujian Ketua Pesuruhjaya Pertahanan Awam 2021 (Adiwira Musibah Banjir) daripada Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Anugerah itu diberikan atas jasanya menyelamat orang awam sepanjang Monsun Timur Laut.

Perkara itu dikongsikan menerusi laman Facebook rasmi APM baru-baru ini.

Kelihatan Ketua Pesuruhjaya APM, Aminurrahim Mohamed menyampaikan 'Sijil Kepujian Ketua Pesuruhjaya' kepada Azwan Omar (Abang Viva) atas keprihatinannya membantu mangsa banjir di Shah Alam dengan membawa sebuah bot atas bumbung kereta dari Melaka.

Sijil disampaikan semasa lawatan beliau ke Pejabat Pertahanan Awam Daerah (PDPA), Temerloh, Pahang pada Selasa baru-baru ini.

"Alhamdulillah atas berkat doa mak ayah dan orang ramai semua saya telah menerima sijil penghargaan Adiwira Prihatin Musibah" - Abang Viva

Dalam pada itu, Abang Viva turut memuat naik sebuah video penghargaan di laman media sosial TikTok miliknya sejurus menerima sijil penghargaan Adiwira Prihatin Musibah daripada APM itu.

Beliau meluahkan rasa syukur dan berterima kasih kepada semua yang sentiasa mendoakan kesejateraan dirinya ketika melakukan misi menyelamat mangsa banjir.

Moga Allah memberkati dan memberi kekuatan atas usahanya menyelamatkan mangsa banjir. Terima kasih Abang Viva hero kami!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik: