[VIDEO] Suami 'Tertinggal' Isteri Selepas Isi Minyak Ini Buat Ramai Boleh Relate
Jangan buat hal abang, tidur luar malam nanti.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Selalunya tertinggal barang di rumah atau di mana-mana memang sering kali berlaku, mungkin disebabkan kesilapan sendiri atau tidak disengajakan
Lazimnya kejadian ini berlaku disebabkan fikiran kita tidak fokus dan banyak sangat benda yang hendak difikirkan hingga lupa jadinya.
Walau bagaimanapun, lain pula halnya yang terjadi pada seorang wanita ini yang 'ditinggalkan' oleh suaminya yang membawa motosikal bersama anaknya.
Dalam sebuah perkongsian rakaman CCTV yang dimuat naik semula menerusi pemilik akaun TikTok @miszzue, dapat dilihat ada sebuah motosikal ditunggang oleh seorang lelaki bergerak sambil seorang wanita dengan topi keledar di kepala dibiarkan tertinggal di stesen minyak tersebut.
Tonton video penuh berkenaan di bawah:
"Sampai ke rumah baru perasan ada yang tertinggal" - Netizen
Ketika artikel ini ditulis, perkongsian rakaman video berkenaan telah pun meraih lebih 243.8K tontonan dan lebih 7K tanda suka di TikTok.
Dalam pada itu, hasil tinjauan di ruangan komen pula mendapati rata-rata netizen terhibur melihat video tersebut.
Malah, tidak kurang juga ada yang berkongsikan situasi berkenaan sepertinya boleh relate dengan pengalaman peribadi masing-masing.
Berikut di bawah antara komen menarik netizen di TikTok:
Aduhai kesian pula tengok isteri dia kena tinggal, buat hal lah abang jangan sampai dia pula kena tinggal tidur luar :P