seismik

Wanita Ini Kongsi Mangsa Banjir Enggan 'Diselamatkan' & Berpindah Buat Sukarelawan Kecewa

Antara sebab diberikan ialah mereka bimbang dijangkiti Covid-19 di pusat pemindahan.

Cover image via Berita Harian & Bernama

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Keengganan penduduk di sesetengah kawasan banjir termasuk di Taman Sri Muda, Seksyen 25 untuk berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) menyebabkan masih ramai mangsa banjir yang terkandas

Perkara tersebut turut dikongsikan oleh seorang pengguna media sosial di Facebook ketika berbual dengan salah seorang sukarelawan yang mengikuti misi menyelamatkan mangsa banjir baru-baru ini.

Wanita yang dikenali sebagai Norhayati Yahaya itu berkongsikan perbualannya dengan sukarelawan itu di laman Facebooknya.

Berikut di bawah adalah perbualan penuh wanita dan sukarelawan itu:

Sukarelawan datang jauh dari utara nak tolong, tapi mangsa banjir pula tak nak 'diselamatkan'

Sukarelawan itu memberitahu kepada wanita berkenaan, keadaan banjir di Sri Muda memang teruk. Mereka masuk sebab nak bawa keluar mangsa yang kata ramai terperangkap.

Tapi, ramai lagi yang memang tak mahu tinggalkan rumah. Yang tak sedap dengar bila mereka minta hantar makan pagi, tengahari, minum petang dengan makan malam.

Wanita : laaa ya ke?

Volunteer : ya. ada lagi dorang minta, powerbank dengan rokok.

saya : habis tu?

Volunteer : kami hanya berikan roti dan makanan yang ada saja. kami ni risau sebab mereka takde bekalan elektrik dan nak bawa mereka keluar. tapi, itu la...

Wanita tersebut berasa sedih dan kasihan dengan sukarelawan itu. Mereka jauh datang dari utara nak bantu bawa seberapa ramai mangsa keluar, rupa-rupanya ramai yang tidak mahu dibawa keluar.

Dalam pada itu, keengganan segelintir penduduk yang terjejas banjir untuk berpindah, menyukarkan operasi menyelamatkan mangsa di Taman Sri Muda, Seksyen 25

Menurut laporan, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican mendedahkan itu antara cabaran utama dihadapi pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dalam melaksanakan operasi menyelamatkan mangsa banjir sejak hari pertama bencana alam berkenaan melanda.

"Saya mengakui memang ada (mangsa banjir enggan berpindah). Oleh itu, saya mengarahkan Ketua Pengarah JBPM supaya menempatkan lebih ramai anggota bagi membolehkan pelaksanaan operasi menyelamat yang lebih menyeluruh dan kawasan ini diberikan tumpuan utama.

"Saya tengok keadaan luar daripada kebiasaan... apabila bomba pergi untuk selamatkan, mereka duduk di atas bumbung, tidak mahu berpindah tetapi hendak bantuan makanan.

"Memang ada yang tidak mahu ke PPS, sebaliknya hendak tinggal di rumah mereka," katanya.

Image via Berita Harian

Terdapat segelintir penduduk enggan berpindah ke PPS kerana bimbang akan risiko jangkitan Covid-19

"Ada juga (tidak mahu berpindah) sebab melihat hujan sudah tidak turun dan air termenung, mahu tinggal di tingkat dua rumah mereka.

"Bagi yang enggan berpindah, anggota cuba memujuk. Namun jika mereka tetap tidak mahu berpindah, kita tidak dapat buat apa-apa dan saya meminta bomba menghantar bantuan makanan.

"Namun lebih baik jika mereka berpindah ke PPS dan mendaftar, boleh mendapat bantuan kerajaan. Sekarang penduduk yang sudah diselamatkan membuat pendaftaran di sini," ujarnya.

Dalam pada itu, beliau berkata, kesemua anggota yang terbabit dalam operasi bersepadu, dibekalkan makanan kerana mereka bertugas 24 jam.

Image via Berita Harian

Anda kini boleh membuat sumbangan menerusi Tabung Bencana NSTP-Media Prima yang akan disalurkan kepada mangsa-mangsa banjir yang terkesan bagi membantu meringankan beban mereka.

Setiap sumbangan yang diberikan amatlah dihargai.

Image via SAYS Seismik

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik: