seismik

[VIDEO] Wanita Ini Kongsi Rakaman Dashcam Keretanya Berjaya Kesan Si Pelaku ‘Langgar Lari’

Pentingnya dashcam zaman sekarang.

Cover image via Nur Syafiqah (Facebook)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Dashcam merupakan salah satu alat yang sebenarnya penting dan wajib dipasangkan dalam setiap kenderaan

Hal ini kerana dashcam mampu menjadi sebagai bukti jikalau sesuatu berlaku kepada anda. Ianya boleh diibaratkan seperti 'kotak hitam' atau  black box pada kenderaan.

Jika kita lihat hari ini memang ramai yang telah memasang dashcam pada kenderaan mereka sebab takut perkara yang tidak diingini berlaku.

Baru-baru ini, tular sebuah video memaparkan seorang wanita yang meluahkan rasa kesal selepas bahagian belakang keretanya dilanggar oleh sebuah kenderaan jenis Perodua Bezza.

Namun, apa yang menimbulkan perasaan tidak puas hatinya apabila pemandu Bezza itu dikatakan telah menyalahkan wanita berkenaan ketika dihubungi pihak polis.

Tonton video penuh insiden berkenaan di bawah:

Pemandu Bezza tak nak mengaku langgar, nasib baik rakaman dashcam jadi bukti

Wanita yang dikenali sebagai Nur Syafiqah itu juga turut menceritakan pengalaman menjadi 'mangsa keadaan' dengan memuat naik posting di Facebook miliknya.

Katanya, pemandu Bezza itu tidak mahu mengaku kesalahannya dan namun rakaman dashcam di keretanya menjadi bukti.

Berikut di bawah adalah perkongsian yang dimuat naik olehnya di Facebook:

Pentingnya dashcam zaman sekarang. Org kata jangan terkena baru nak tergadah.

Kena ingat. Zaman sekarang ni ramai pemandu gila dekat luar sana. Jangan husnuzon sangat, bila mana kita dah cukup berhati2, akan muncul orang lain yang tidak berhati2, dan terus langgar kita. Sudahlah langgar kita, disalahkan kita pulak.

Jadi mana lagi bukti kukuh kita nak dapat utk menang kes kalau bukan dashcam?

Aku mangsa keadaan. Alhamdulillah semua berjaya direkod dengan jelas dan telah diserahkan kepada pihak polis.

Image via googleapis.com

Boleh lihat video, aku bawa kereta disebelah kiri, dgn kelajuan bawah 90km. Aku mmg nampak blkg dari cermin sisi, kereta belakang datang laju. Like laju gila 120km kot. Dan terus bang langgar kereta aku sebelah kanan terus melulu ke depan tanpa berhenti. Ye, mmg langgar lari. Bukti terang lagi bersuluh, depan belakang ada cctv.

Alhamdulillah tiada kecederaan mungkin sbb aku bawak slow, mampu kawal stereng lagi dan berhenti ditepi. Cuma sakit kaki kanan & tengkuk je. Tapi traumatised jugak sebab terkejut.

Hanya Allah saja yg tahu apa aku rasa masa tu, no one will ever understand. Memang mcm nak gila, tipulah kalau aku ckp aku tak mencarut, terkejut kot, sbb kita mmg bawak slow and steady je tak kacau org, tiba2 dia datang melulu langgar mcm aku tak wujud dekat situ, buta ke? Mungkin dia buta.

Mmg menangis meraung menggigil satu badan dkt 2jam tak boleh fikir apa, nak cakap pun tak boleh cakap dgn tenang, dengan taktahu siapa ada berdekatan. Call 911 (ada org komen bgtahu bkn 911 tapi aku mmg call 911 dpt je and dia tlg transfer kpd polis, entah lah, kita tgh cemas mmg tak fikir dgn waras), tu pun cemas taktahu nak cakap. Cuma satu benda je dalam kepala, fikir nak save video dashcam dulu je masa tu sbb tahu kena report polis.

Image via fbcdn.net
Image via fbcdn.net

Belakang remuk, tayar kereta hancur. Rasanya tak perlu explain, boleh tengok gambar dan video dan nilai sendiri.

Bila polis tiba dilokasi kejadian, dia bawa ke pejabat PLUS dkt Yong Peng. Dalam kereta polis, aku tunjuk video2 dlm dashcam tu. Sarjan terus call owner kereta, dia tak mengaku ye. Dia ckp dekat sarjan tu, salah nombor lah, dia takde kereta lah. Eh nak main pusing2, mcm hanat. Nak cover la tu. Polis ckp takpe, dia cari sampai rumah. Terima kasih sarjan Omar.

Selesai report polis, dipendekkan cerita, ptg sikit sarjan tu ckp dekat aku, owner kereta tu buat report polis jugak dekat trafik Muar. Jauh betul buat report ye. Kereta dia hancur depan, bumper tercabut tapi terus laju je sampai Muar. Bila aku tanya apa yg dia report, sarjan ckp “dia ckp awak dari lorong kanan msuk ke lorong kiri..pstu dia rapat awak terus jln je”. Apa bodoh sangat kau ni? You seriously think that kereta kecik, kereta murah, takde kamera? Kau memang silap besar. Big mistake, big mistake!

Kita ada bukti jelas, terang dan nyata. Siapa duduk kanan, siapa duduk kiri? Apa lagi mau pusing? Dah la apa yg dia cerita dkt polis tu tak logik, ckp aku dekat kanan tapi kau kemek belah kiri? Depan pulak tu. Kalau depan, dia lah salah sbb langgar org depan, bkn org depan yg salah, takkan aku pulak reverse. Bebal! Dasar takde akal! Kesian dia dok tunjuk sangat dekat orang yg dia tu bodoh.

Maka, jadikanlah ini satu pengajaran. Alhamdulillah mmg dari bln Mei 2021 dah pasang dashcam sebab risau benda mcm ni jadi. Dashcam pun biar clear dan berguna. Biar spend duit lebih sikit untuk keselamatan kita, sebab kita taktahu apa akan jadi di masa akan datang.

Ini bukan cerita dongeng, ini adalah realiti. Semoga korang semua tak kena mcm aku.

Emosi belum stabil,

Mangsa kemalangan, NSS.

"Free dashcam review for whoever that watching this video. Beringat sebelum terkena. Semoga bermanfaat" - Mangsa kemalangan

Dalam pada itu, wanita itu turut berkongsi jenis dashcam yang digunakannya melalui satu perkongsian video di TikTok kerana ramai netizen bertanyakan "pakai dashcam apa", "beli dekat mana" dan "waktu malam clear ke tak" di ruangan komen.

@syafff.nss

PART 3 : Free dashcam review for whoever that watching this video. Beringat sebelum terkena. Semoga bermanfaat ##dashcam ##fyp ##fyp ##foryou ##viral

original sound - syafff.nss

Untuk pengajaran bagi kita semua, sesungguhnya dashcam ini sememangnya dapat menjadi bukti penting jika berlakunya kemalangan atau jenayah.

Jadi, bagi berkemampuan pasanglah di kenderaan masing-masing untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku pada masa akan datang :)

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: