"Tidak Dapat Kredit Asal" - Seorang Intern Mendakwa Spotify Wrapped Story Hasil Rekaannya
Platform penstriman terkenal itu, bagaimanapun menafikan bahawa dakwaan bekas intern tersebut.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Setiap kali menjelang akhir tahun, pengguna di Instagram akan berkongsikan Spotify Wrapped — Instagram Story bersertakan lagu manakah yang paling banyak distrim oleh mereka
Walaupun ia disukai oleh berjuta-juta pengguna di seluruh dunia, ramai yang tidak tahu bahawa reka bentuknya dicipta oleh seorang intern semasa musim panas 2019
Dalam satu siri tweet untuk membuktikan dirinya sebagai cetusan idea di sebalik ciri dalam aplikasi Spotify Wrapped, Jewel Ham berkata dia "mencipta konsep Spotify Wrapped Story sebagai projek intern pada 2019 dan mereka tidak melihatnya pun sebelum ini".
Ham, ketika itu seorang intern berusia 21 tahun yang akan memasuki tahun seniornya di kolej di Universiti Howard, menyediakan pautan yang membawa ke laman webnya untuk menunjukkan bukti bahawa dia mengusahakan idea itu.
Papan idea yang diterbitkan oleh Ham di laman webnya menunjukkan banyak konsep biasa yang masih wujud dalam Spotify Wrapped tahun ini.
"Apa yang hilang?" Ham menulis di papan idea, "Walaupun statistiknya agak menarik (dan juga disertakan dengan sedikit screen-shottable bytes), Gen Z memerlukan sedikit [lebih] perhatian. Kami suka menyentuh dan merasa; untuk scroll dan menyiarkan. Dengan pemikiran ini, saya telah 'retooled' Wrapped, untuk membolehkan pendekatan yang lebih interaktif."
Dalam tweet dengan lebih 180K likes yang diterbitkan pada 3 Disember 2020, Ham berkata, "i cant make this up!".
Sebelum 2020, Spotify Wrapped telah dihantar kepada penggunanya dalam versi bajet format seperti Instagram Story
Jika anda boleh ingat, untuk melihat Spotify Wrapped anda pada 2018 dan 2019, anda perlu melawati pautan — spotifywrapped.com.
Ia adalah satu pengalaman di luar aplikasi Spotify, di mana pengguna perlu semak dan imbas kekerapan muzik yang mereka dengar pada browsers.
Pada masa itu, pengguna cenderung untuk screenshots hanya pada telefon pintar semasa menyemak ulasan muzik mereka dan berkongsinya di Instagram Story atau Snapchat mereka.
Menurut Forbes, apabila platform penstriman muzik memperkenalkan ciri baharu pada 2020, lebih 60 juta pengguna terlibat dengan pengalaman story dalam aplikasi dalam beberapa minggu sahaja, dan ia disebut di Twitter lebih 1.2 juta kali.
Apabila Refinery29 menghubungi Spotify tahun lepas untuk komen tentang Ham yang tidak pernah mendapat bayaran, syarikat itu berkata dakwaan Ham adalah tidak tepat.
"Spotify berbangga untuk menyediakan bakat muda dari semua latar belakang peluang untuk mencipta, menyumbang dan belajar bersama beberapa pasukan terbaik dalam perniagaan," kata seorang jurucakap kepada Refinery29.
"Sejak konsep Spotify Wrapped mula diperkenalkan pada 2013, beratus-ratus pekerja telah menyumbang idea dan konsep kreatif yang menjadikan pengalaman itu seperti sekarang."
"Walaupun idea yang dijana semasa program latihan Spotify kadang-kadang dimaklumkan kepada kempen dan produk terlebih dahulu, berdasarkan semakan dalaman kami, itu tidak berlaku di sini dengan Spotify Wrapped. Malangnya keadaan telah dicirikan sebaliknya."
Beberapa netizen yang membalas tweet viral Ham memihak kepada Spotify, mengatakan Spotify Wrapped telah menjadi produk sedia ada sejak 2016 dan Ham hanya menukar idea Snapchat ke produk sedia ada pada platform penstriman.
Dengan itu, Ham berkata dia sudah "moved on" daripada teka-teki itu
Menulis di Instagram Story semalam, 2 Disember, dia berterima kasih kepada semua orang atas sokongan yang diterimanya untuk sumbangannya kepada Spotify Wrapped.
Mengulangi apa yang di'tweet' tahun lepas apabila dia mendedahkan bahawa dia "mencipta" Spotify Wrapped dalam mod semasanya, Ham menggalakkan pengkarya kreatif muda untuk membebaskan diri mereka daripada syarikat dan menjadi artis bebas.