"Virus Ni Mai Masjid Je Ke?" - Mufti Perlis Musykil KKM Tak Benar Rapat Saf Di Masjid
KKM bimbang berlaku penularan jangkitan Covid-19 di dalam masjid jika jemaah dibenar rapatkan saf.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Umum sedia maklum, banyak aktiviti sosial masyarakat telah dibenarkan sejak kadar vaksinasi telah mencapai hampir 100% untuk rakyat Malaysia
Terbaru, ramai yang berpeluang untuk menyaksikan perlawanan akhir bola sepak Piala Malaysia 2021 antara pasukan Johor Darul Takzim (JDT) dengan Kuala Lumpur City FC (KL City) di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur.
Begitupun, semua hadirin yang menyaksikan pasukan kegemaran masing-masing ketika itu perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ketat oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Mufti musykil jemaah masih tak boleh rapatkan saf di masjid
Walau bagaimanapun, baru-baru ini Mufti Negeri Perlis, Profesor Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin atau lebih dikenali sebagai Dr MAZA memuat naik satu ciapan di akaun Twitter miliknya berkaitan kebenaran untuk merapatkan saf ketika bersolat jemaah di masjid.
Menurutnya, beliau agak musykil apabila KKM akan memberi alasan kononnya risau tentang jangkitan Covid-19 jika saf para jemaah di masjid boleh dirapatkan.
Begitupun, kenderaan awam, pasar raya dan tempat lain sudah pun diberi kebenaran untuk beroperasi seperti biasa tetapi tidak di masjid.
Namun, sehingga kini para jemaah masjid dilarang untuk merapatkan saf ketika solat berjemaah.
Mendapat perhatian para netizen di Twitter, ramai yang memberikan pandangan dan pendapat masing-masing
Ketika artikel ini ditulis, ciapan tersebut telah pun meraih lebih 3.7K retweets, 6.6K likes dan 145 comments di Twitter.
Hasil tinjauan di ruangan reply pula mendapati rata-rata netizen memberi pelbagai reaksi tentang isu yang dibangkitkan oleh Mufti Perlis berkenaan.
Ada juga yang memberi cadangan untuk membuat sesi solat Jumaat sebanyak dua atau tiga kali bagi memberi ruang kepada masyarakat mengerjakan ibadah tersebut dalam keadaan mematuhi SOP.
Berikut di bawah antara komen menarik netizen di Twitter:
Mungkin KKM ada penjelasan terperinci dan alasan tersendiri mengenai isu yang dibangkitkan oleh Mufti Perlis ini.
Apa pun, kita sebagai rakyat Malaysia perlulah sentiasa menjaga penjarakan fizikal dan patuhi SOP walau di mana jua kita berada.