seismik

"Naik 10 Sen Hingga 45 Sen" - Ini Senarai Harga Baru Produk Roti Gardenia Mulai 1 Disember

Semakan harga itu disebabkan peningkatan kos bahan mentah dan caj pengangkutan.

Cover image via Harian Metro & Barangan Muslim

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Tular di media sosial baru-baru ini menunjukkan harga semakan untuk produk Gardenia termasuk Original Classic yang akan meningkat daripada RM2.38 kepada RM2.80 (naik daripada RM2.50)

Kenaikan harga ayam dan sayur-sayuran sudah cukup membimbangkan, kini pengeluar roti tempatan Gardenia pula dilihat akan menaikkan harga roti mereka mulai 1 Disember 2021.

Pengguna di Semenanjung Malaysia bakal terpaksa membayar tambahan sekitar 10 hingga 45 sen untuk produk berasaskan roti keluaran Gardenia.

Antara harga baharu lain bagi produk Gardenia ialah Gardenia Original Classic Jumbo 600g RM4 (naik daripada RM3.55), dan Gardenia Bran & WheatGerm 400g RM2.90 (naik daripada RM2.50).

Selain itu, harga Gardenia Fluffy Buns akan naik kepada RM3.70, dan Gardenia Puazz Buns kepada RM1.30.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Warisan Daily Mart (Facebook)

Dalam surat kepada peruncit, syarikat itu berkata, semakan harga itu disebabkan peningkatan kos bahan mentah dan caj pengangkutan

Hasil tinjauan di ruangan reply di ciapan @twt_bajet, rata-rata netizen tidak berpuas hati dan turut mengkritik harga baharu itu serta mengeluh menerima hakikat bahawa mereka terpaksa berdepan dengan kenaikan harga barangan keperluan harian mereka.

Ketika artikel ini ditulis, ciapan itu kini telah meraih lebih 4.7K retweets, 3.3K likes dan 1.7K quote tweets di Twitter.

Berikut di bawah antara komen menarik netizen di Twitter:

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: