seismik

"Ada Maksud Tersirat Rupanya" - Ini Makna Disebalik Warna Tag Roti Gardenia Di Pasaran

Take note guys!

Cover image via Free Malaysia Today & @@2121Gamerz (Twitter)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik. 

Tipulah kalau tak makan roti putih bukan? Roti sudah menjadi kegemaran ramai untuk dijadikan sarapan

Bukan sarapan saja, malah kadang boleh buat minum petang dengan adanya roti putih. Macam-macam resepi boleh dibuat seperti piza roti atau roti bakar pisang yang lazat dengan hanya menggunakan air fryer. 

Image via The Patriots

Tahukah anda, warna setiap label yang berada di bungkusan roti mempunyai makna yang tersendiri?

Kalau anda perasan masa kita beli roti, pasti kita akan semak tarikh luput dan harga pada label di bungkusan roti bukan?

Sebenarnya, label itu mempunyai maksud tersirat selain menyatakan tarikh luput dan harga. Gardenia mempunyai 7 label berbeza warna yang mempunyai maksud berbeza daripada jenama yang lain.

Hal ini disebabkan Gardenia membakar roti setiap hari. Oleh itu, mereka mempunyai label warna untuk setiap hari Isnin hingga Ahad.


Lihat maksud label di bawah:
  • Warna tan - Isnin
  • Warna oren - Selasa
  • Warna kuning - Rabu
  • Warna biru - Khamis
  • Warna hijau - Jumaat
  • Warna merah - Sabtu
  • Warna putih - Ahad

Haa, baru tahu kan? Lepasni boleh lah tahu bila roti tu dibakar dengan fresh! :D

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: