seismik

"Kalau Si Ayah Yang Jaga" - Modify Kereta Control, Hasilnya Boleh Bawa Carseat Di Belakang

Bila bapanya engineer.

Cover image via @linabougas (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Memiliki anak kecil pasti sedikit sebanyak akan menceriakan suasana di rumah bukan?

Bagi pasangan yang baru mendapat cahaya mata yang pertama, sudah tentu banyak perkara yang perlu dipelajari untuk menjaga anak. Ibu dan ayah pasti akan saling bertolak ansur untuk menjaga secara bergilir. 

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan gelagat si ayah yang mengubah suai kereta mainan untuk anaknya telah mencuri tumpuan ramai. 

Lihat video penuh itu di bawah: 

Ubah suai kereta control, hasilnya boleh tarik car seat bayi

Menerusi video berkenaan, kelihatan si ayah sedang bermain kereta control dengan anaknya di luar rumah. 

Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila si ayah dilihat mengubah suai kereta mainan itu supaya boleh membawa satu lagi car seat di belakangnya. Lebih melucukan lagi, dia dilihat meletakkan anaknya duduk di car seat sambil dia bermain dan mengawal kereta mainan itu. 

"Jaga-jaga, nanti kucing tu serbu sebab nak try jugak" - Netizen

Dalam pada itu, hasil tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur dengan gelagat si ayah. Malah, ramai yang ingin cuba duduk di tempat bayi itu. 

Ketika artikel ini ditulis, video itu telah meraih 338K tontonan, 28K tanda suka dan 600 komen di TikTok. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok: 

Elok je baby tu duduk, nampak relax betul ya. Kucing tu pun macam dah lama perhatikan, teringin agaknya! :D

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: