seismik

"Mengidam Teruk" - Tak Beranak Selagi Tak Dapat, Ibu Hamil Terpaksa Makan Tiram Mentah

Sampai nak muntah ya dia makan.

Cover image via @syidabdul (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Tidak dinafikan bagi ibu hamil, pasti banyak pengorbanan yang mereka lakukan bukan?

Bukan saja perlu tabah dan kuat menghadapi kesakitan di bahagian pinggang dan badan, malah kadangkala ada saja makanan yang diidamkan. Jika dahulunya memang tak pernah sentuh langsung makanan itu, tetapi demi memuaskan apa yang diidamkan, si ibu pasti tunaikan. 

Sama seperti video yang tular di TikTok baru-baru ini tentang seorang ibu hamil tidak bersedia untuk beranak selagi tidak dapat makan tiram yang diidamkan telah mencuri tumpuan. 

Lihat video penuh itu di bawah: 

Terpaksa telan tiram walaupun pada awalnya kelihatan seperti nak muntah

Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang ibu hamil sedang berada di sebuah restoran yang menjual tiram segar di Bagan Lalang.

Ibu hamil itu kelihatan sedang makan tiram mentah yang diletakkan dengan sos cili di atasnya. Wanita itu dilihat sangat nervous untuk makan tiram tersebut.

Akibat mengidam teruk, wanita itu sanggup makan tiram walaupun seekor saja kerana katanya makanan mentah tidak baik untuk kesihatan bayi.

Pada akhir video, dia dilihat susah untuk menelan tiram itu lalu terpaksa juga setelah dipujuk oleh keluarganya.

Lihat video sambungan penuh itu di bawah:

"Air liur saya menjejeh jejeh tengok akak makan ni" - Netizen

Dalam pada itu, hasil tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat wanita itu makan tiram.

Malah, ramai juga yang memesan bahaya jika makan makanan mentah yang banyak waktu hamil.  Mujur, wanita itu hanya makan satu tiram semasa sedang menunggu hari bersalinnya. 

Ketika artikel ini ditulis, video itu telah meraih 257K tontonan, 11K tanda suka dan 300 komen di TikTok. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Comel betul bila dia cakap kalau tiram tu hidup dalam perut. Semoga dipermudahkan urusan bersalin sis :)

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: