"Siap Kejut Customer" - Tawarkan Servis Terbaik, Rider Sanggup Masuk Rumah Hantar Makanan
Gelak sakan family tu ya!
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Memesan makanan melalui aplikasi dalam talian sememangnya sangat memudahkan
Iyalah, anda tidak perlu keluar untuk membeli makanan. Lagi best, anda juga tidak perlu beratur jika kedai itu memang popular dan sentiasa dipenuhi dengan pelanggan.
Jimat masa anda bukan dengan hanya menunggu di rumah? Oleh sebab itu, perkhidmatan penghantaran makanan sangat diperlukan semenjak ini.
Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan seorang rider menghantar makanan ke dalam bilik pelanggan siap kejutkan telah menarik perhatian.
Lihat video penuh itu di bawah:
Siap masuk bilik untuk kejut pelanggan kemudian berikan makanan yang dipesan
Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang rider foodpanda sedang menghantar makanan ke rumah pelanggan.
Rider tersebut dilihat menuju ke sebuah bilik pelanggan selepas disuruh oleh tuan rumah. Dia siap mengejutkan adik yang memesan makanan itu yang kelihatan sedang tidur nyenyak.
Tidak lama kemudian, adik itu bangun daripada tidur setelah dikejutkan lalu menghulurkan duit makanannya kepada rider itu. Seluruh keluarga dilihat ketawa mengekek sambil menyakatnya.
Lihat video sambungan penuh itu di bawah:
"Nasib tak masuk sekali dengan motor-motor. Kalau tak, memang the real cod" - Netizen