seismik

Lelaki Ini Simpan RM20 Setiap Hari Selama Setahun Untuk Hadiahkan Isterinya iPhone 13 Pro

iPhone 13 Pro kini dijual pada harga bermula RM4,899 di Malaysia.

Cover image via Nick Hiew (Facebook)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Seorang suami yang setia dari Klang menjadikan misi untuk menyimpan semua wang kertas RM20 yang diterimanya selama setahun untuk membelikan isterinya hadiah mahal sempena ulang tahun perkahwinan mereka

Pengguna Facebook, Nick Hiew berkongsi kegembiraannya dalam Facebook group 'iPhone 吹水站' selepas dia berjaya menyimpan wang yang cukup untuk membelikan iPhone 13 Pro untuk isterinya.

Ia bukan kejayaan kecil kerana iPhone 13 Pro kini dijual pada harga bermula RM4,899 di Malaysia.

Bercakap kepada SAYS, Hiew berkata dia memulakan inisiatif itu kerana ingin membeli sesuatu barangan berharga untuk isterinya tanpa menggunakan simpanan peribadinya

"Apabila saya memikirkan berapa banyak wang simpanan bank saya yang perlu saya belanjakan, saya berasa sakit," katanya sambil ketawa, "Jadi saya memutuskan untuk menyimpan wang kertas RM20 selama setahun untuk melihat berapa banyak yang saya akan dapat."

Hiew berkata, rancangan itu mudah: apa yang dia perlu lakukan ialah mengetepikan sebarang wang kertas RM20 yang diterima daripada sebarang pembayaran sepanjang hari ke arah belanjawan.

Memandangkan dia biasanya berbelanja dalam denominasi RM100 atau RM50 ketika membeli-belah atau membeli makanan, lelaki berusia 32 tahun itu berkata, dia boleh menjimatkan banyak wang kertas RM20.

Tambahnya lagi, tidak ada jumlah tetap untuk jumlah yang akan dia simpan dalam sehari, kerana dia menjawab kepada seorang netizen yang ingin tahu, "Jika saya mempunyai wang, saya akan menyimpannya."

Akhirnya, Hiew membawa timbunan tebal wang kertas RM20 miliknya ke sebuah kedai dan membayar iPhone 13 Pro secara tunai sepenuhnya

Dalam video yang dimuat naiknya pada 14 November lalu, kelihatan seorang juruwang sedang mengira dan menyusun longgokan wang kertas RM20 yang banyak di atas kaunter.

Jelas Hiew lagi, dia akan meneruskan tabiat menyimpan wang dengan cara ini pada masa akan datang.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: