seismik

Teh Disangka Dadah, Polis Australia Tersilap Penjarakan Ibu & Anak Rakyat Malaysia 4 Bulan

Dua wanita itu kini dalam proses menyaman pihak berkuasa Australia bagi menuntut ganti rugi.

Cover image via 7NEWS & Sydney Morning Herald

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Seorang wanita rakyat Malaysia dan anak perempuannya dipenjara empat bulan di Australia gara-gara kerana 25kg teh halia gula perang yang diimport mereka telah disangka sebagai dadah oleh polis

Menurut laporan, dua wanita itu kini dalam proses menyaman pihak berkuasa Australia bagi menuntut ganti rugi.

Connie Chong Vun Pui dan anaknya, Melanie Lim San Yan, membawa masuk teh itu, yang biasanya digunakan bagi meredakan sakit ketika haid di Malaysia, untuk dijual dengan harga lebih tinggi di Sydney.

Jika semuanya berjalan lancar, mereka mampu memperoleh keuntungan kecil sebanyak AUD90 (RM270).

Malangnya sebaliknya berlaku apabila rumah mereka di barat daya Sydney diserbu oleh polis bersenjata pada Januari.

Serbuan itu susulan rampasan penghantaran teh terbabit di lapangan terbang antarabangsa Sydney oleh pegawai Pasukan Sempadan Australia (ABF) yang silap mengenal pasti kandungannya sebagai amfetamin.

Connie Chong (kiri) dan Melanie Lim (kanan) ketika mengiklankan teh itu di media sosial.

Image via 7NEWS

Kedua-dua wanita itu dipenjarakan tanpa jaminan, walaupun pihak berkuasa telah dimaklumkan mengenai masalah melibatkan ujian bagi mengenal pasti bahan berkenaan selama beberapa minggu dan bulan berikutnya

Tuduhan terhadap dua beranak itu hanya ditarik balik pada 10 Ogos apabila polis New South Wales menerima analisis forensik mereka sendiri.

Mahkamah Sydney mendengar bahawa ABF telah menggunakan ujian presumptif “hazmat” untuk mengenal pasti produk yang diimport sebagai “Phenmetrazine”, bahan perangsang terlarang yang lazimnya digunakan untuk tujuan rekreasi.

Bagaimanapun, mahkamah turut mendengar bahawa ujian itu hanya menjana bahan yang mempunyai spektrum serupa dengan "Phenmetrazine". Malah ini tidak terhad kepada "Phenmetrazine" sebaliknya turut merangkumi gula, sukrosa dan gula tepung.

Berikutan itu, seorang penganalisis forensik polis persekutuan menulis surat kepada pegawai utama kes itu, Tara Conaghan, dengan menyuarakan keraguannya terhadap ujian berkenaan.

Image via 7NEWS

Connie Chong dan Melanie Lim tidak dibenarkan ikat jamin sehingga Mei dan telah memfailkan saman menuntut kos, yang enggan dibayar oleh Pengarah Pendakwaan Awam Komanwel

Berikutan itu, seorang penganalisis forensik polis persekutuan menulis surat kepada pegawai utama kes itu, Tara Conaghan, dengan menyuarakan keraguannya terhadap ujian berkenaan.

Conaghan bagaimanapun gagal menyampaikan maklumat itu kepada pasukan pembelaan tertuduh, mahkamah diberitahu.

Ketika memeriksa balas Conaghan, peguam Connie Chong, Steve Boland menyoal kenapa beliau tidak mendedahkan maklumat berkenaan kepada tertuduh lebih awal. Saksi itu menjawab ia kerana dadah berkenaan masih menunggu untuk diuji sepenuhnya.

“Jadi bagaimana? Mereka perlu meringkuk dalam penjara?” tanya Boland. Conaghan bagaimanapun hanya berdiam diri, lapor The Sydney Morning Herald.

Kes itu kini telah ditangguhkan ke bulan Mac tahun hadapan.

Teh yang disangkakan dadah oleh pihak berkuasa Australia.

Image via 7NEWS

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: