seismik

MB Selangor Redah Banjir, Bantu Mangsa Yang Masih Ramai Terkandas Di Taman Sri Muda

Lebih banyak bot sedang digerakkan untuk selamatkan mangsa banjir.

Cover image via @AmirudinShari (Twitter)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari bersama pasukan penyelamat semalam membantu menyelamatkan mangsa banjir di Taman Sri Muda, Shah Alam

Beliau berkata, pihaknya terpaksa berhadapan dengan cabaran air yang masih belum surut dan suasana gelap sepanjang operasi menyelamat.

“Saya di Taman Sri Muda malam ini bersama pasukan penyelamat membantu menyelamatkan mangsa yang terkandas.

“Cabaran yang dihadapi selain dari air yang masih belum surut ialah suasana gelap gelita serta kereta yang terbengkalai menyukarkan pergerakan,” katanya menerusi ciapan di Twitter pada Ahad.

Lebih banyak bot akan digunakan untuk membawa keluar dan memindahkan mangsa banjir yang masih terperangkap di Bukit Kemuning dan Sri Muda, di Shah Alam malam tadi

“Proses penyelamat akan diteruskan malam ini bagi mengeluarkan semua mangsa yang terkandas. Saya mengambil maklum keadaan kritikal di Taman Sri Muda Seksyen 25 Shah Alam.

"Segala aset yang sesuai seperti bot telah dikerah untuk membantu proses pemindahan mangsa banjir.

“Saya difahamkan jumlah anggota tentera turut ditambah untuk membantu usaha ini,” katanya menerusi ciapan di Twitter malam tadi.

Tambah Amirudin, beliau turut berada di SK Taman Sri Muda selama empat jam siang tadi bagi membantu operasi memindahkan mangsa yang terkandas antaranya, sebuah keluarga mempunyai bayi yang baru lahir dan warga emas

Sementara itu, tinjauan di media sosial Twitter mendapati masih ramai mangsa yang meminta tolong untuk diselamatkan dan di sekitar kawasan juga keadaan sekelilingnya masih bergelap susulan ketiadaan bekalan elektrik selain hubungan telekomunikasi terputus ekoran banjir yang melanda.

Anda kini boleh membuat sumbangan menerusi Tabung Bencana NSTP-Media Prima yang akan disalurkan kepada mangsa-mangsa banjir yang terkesan bagi membantu meringankan beban mereka.

Setiap sumbangan yang diberikan amatlah dihargai.

Image via SAYS Seismik

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: