seismik

PRN Sarawak: GPS Menang Besar 76 Kerusi, Abang Johari Kini Sah Ketua Menteri Sarawak Ke-7

Ini kali kedua Abang Johari dilantik sebagai Ketua Menteri Sarawak.

Cover image via Bernama & Malay Mail

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Gabungan Parti Sarawak (GPS) mencatat kemenangan besar 76 kerusi daripada 82 kerusi yang dipertandingkan dalam pilihan raya negeri (PRN) Sarawak ke-12 kali ini

Tan Sri Abang Johari Tun Openg (tengah) ketika tiba di pengumuman rasmi keputusan PRN Sarawak ke-12 bagi GPS di Pusat Konvesyen Borneo Kuching (BCCK) semalam.

Image via Kosmo!

Kejayaan GPS itu mengatasi 72 kerusi yang diraih Barisan Nasional pada PRN11 pada 2016.

GPS yang diwakili oleh Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Demokratik Progresif (PDP), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) serta Parti Rakyat Sarawak (PRS) dilihat mengulangi kejayaan mereka pada PRN ke-11 pada 2016 lalu.

GPS telah diwakili PBB di 47 buah kerusi dengan SUPP bertanding di 18 kerusi, PRS (11) dan PDP (enam).

Pengerusi GPS, Tan Sri Abang Johari Tun Openg secara rasmi dilantik sebagai Ketua Menteri Sarawak ke-7

Tan Sri Abang Johari (kiri) menerima watikah pelantikan sebagai Ketua Menteri daripada Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud (kanan) di Astana Negeri, Petra Jaya.

Image via Bernama

Abang Johari yang lengkap berpakaian baju Melayu hitam, mengangkat sumpah jawatannya di hadapan Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud di Astana Negeri di sini.

Turut hadir isteri Taib, Toh Puan Ragad Kurdi Taib dan isteri Abang Johari, Puan Sri Juma'ani Tun Tuanku Bujang.

Hadir sama menyaksikan upacara itu ialah Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan Datuk Amar Douglas Uggah Embas, yang juga Timbalan Ketua Menteri dalam barisan Kabinet sebelum ini.

Ini kali kedua Abang Johari, yang hari ini memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gedong pada PRN12, dilantik sebagai Ketua Menteri Sarawak.

Kali pertama adalah pada 13 Januari 2017, sebagai menggantikan Allahyarham Tan Sri Adenan Satem yang meninggal dunia akibat komplikasi jantung.

Image via bharian.com.my
Image via bharian.com.my

Untuk keputusan penuh PRN Sarawak ke-12, anda boleh layari www.myundi.com.my!

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik: