seismik

PRN Sarawak: Calon Tertua & Termuda Pilihan Raya Negeri Ke-12 Sarawak Jadi Tumpuan

Proses PRN Sarawak yang bermula 6 disember yang lalu.

Cover image via Sarawak Voice , Malay Mail , The Borneo Post

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Presiden Parti Sarawak Bersatu (PSB) Datuk Seri Wong Soon Koh, 79, menjadi calon tertua bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12, manakala yang termuda terdiri daripada dua calon, masing-masing berusia 24 tahun

Image via Bernama

Wong, adalah bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan E-Perniagaan Sarawak yang juga pernah memegang jawatan Menteri Kewangan Kedua Negeri, bertanding di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bawang Assan buat kali ketujuh, bagi mempertahankan kerusi DUN yang menjadi miliknya sejak 1991.

Antara calon lain yang bertanding adalah calon PKR bagi DUN Batu Lintang Cherishe Ng Phuay Hui dan calon Parti Bumi Kenyalang (PBK) bagi DUN Nangka Olivia Lim Wen Sia menjadi calon termuda dalam PRN kali ini.

Selain itu, terdapat enam lagi calon berusia 30 tahun ke bawah, dengan empat daripadanya mewakili PBK iaitu yakni Michelle Ling Shyan Mih (Bawang Assan), Jenny Wong Khing Ling (Semop) dan Chelea Vanessa Anak William (Kemena). Masing-masing berumur 25 tahun, manakala Dyanne Oshield Nickson (Lambir) berumur 28 tahun.

Dua lagi adalah calon berumur 26 tahun yang terdiri daripada Brolin Nicholsion Benedict Achung (Bukit Semuja) yang mewakili DAP dan Intanurazean Wan Sapuan Daud (Nangka) daripada PSB.

Image via Berita Harian

Sebagai rekod, seramai 349 calon akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak pada 18 Disember ini selepas berjaya menyerahkan kertas pencalonan mereka hari ini.

Pertembungan berbilang penjuru akan mewarnai kesemua 82 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, dengan pertembungan terbesar membabitkan lapan calon di kerusi yang memiliki majoriti Cina di Dudong.

Calon akan bertembung satu lawan satu di empat kerusi, tiga penjuru di 13 kerusi, empat penjuru di 33 kerusi, lima penjuru di 24 kerusi, dan enam penjuru di tujuh kerusi.

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: