JPJ & PDRM Tawar Diskaun Saman Trafik Sehingga 80% Dari 9 Hingga 12 Disember Ini
Semoga semua rakyat Malaysia memperoleh manfaat daripada pengurangan saman ini.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Berita baik buat rakyat Malaysia yang mempunyai saman trafik tertunggak dan masih belum membayarnya sehingga kini
Bersempena dengan sambutan 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia, pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menawarkan pengurangan bayaran saman.
Kaunter pengurangan bayaran saman akan dibuka di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) dari 9 Disember hingga 12 Disember ini.
Diskaun 80% akan ditawarkan kepada mereka yang mempunyai saman belum dibayar yang dikeluarkan di Kuala Lumpur dan Putrajaya, manakala diskaun 70% akan diberikan untuk saman dari negeri lain
Menurut Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik PDRM, diskaun yang ditawarkan adalah terpakai kepada semua jenis kesalahan, kecuali yang disenaraikan di bawah:
– Saman kemalangan pada 2021
– Saman berstatus NC (non-compoundable) tidak boleh kompaun
– Saman yang memerlukan perbicaraan mahkamah
– Saman untuk urusan berkaitan lori
– Saman kerana memotong secara berbahaya pada tahun 2021
– Saman kerana memandu di lorong kecemasan pada 2021
– Saman kerana melanggar lampu isyarat merah pada tahun 2021
– Saman kerana memotong pada garisan berkembar pada tahun 2021
– Saman untuk ekzos yang diubah suai secara haram
Tawaran saman ini sah di lokasi dan tarikh yang dinyatakan seperti di atas serta tertakluk pada terma dan syarat.
Kaunter pembayaran untuk kempen diskaun ini akan dibuka di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) sepanjang empat hari
Kaunter tersebut akan beroperasi dari 9 pagi hingga 6 petang dari 9 Disember hingga 12 Disember 2021.
JSPT juga mengingatkan kepada semua pengunjung untuk mematuhi prosedur operasi standard Covid-19, termasuk memakai pelitup muka, kerap membersihkan diri, dan mengamalkan penjarakan fizikal semasa berada di pusat konvensyen.