Pemuda Ini Minum 'Yoghurt' Dalam Peti Ais, Sekali Terkejut Bila Dapat Tahu Isi Sebenarnya
Haa sudah.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Seperti mana yang kita tahu, yoghurt adalah makanan yang baik untuk kesihatan tubuh badan kita
Terdapat banyak nutrisi di dalamnya dan ada juga yang sanggup membeli berkotak-kotak untuk disimpan sebagai stok dalam peti ais di rumah.
Namun, berbeza pula dengan apa yang terjadi kepada seorang pemuda ini apabila dia tersalah minum susu di dalam peti aisnya yang disangka yoghurt telah mengundang tawa ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Mati-mati ingat minum yoghurt, sekali rupa-rupanya susu badan kakak
Menerusi video yang dimuat naik oleh @ini.eqi, kelihatan dia menceritakan kisah lucu yang baru saja berlaku kepada dirinya.
Menurutnya, telah mengambil sepaket susu yang disangka yoghurt di dalam peti ais rumah kakaknya. Kebetulan, selepas dia minum separuh dari plastik kecil itu, dia teringat untuk bertanya kepada kakaknya apa sebenarnya isi di dalam paket plastik itu.
Apa yang membuatkan pemuda itu terkesima adalah rupa-rupanya itu merupakan susu badan kakaknya yang telah dipam dan disimpan dalam peti ais sebagai stok untuk bayi.
"Dari adik kandung terus berubah jadi anak kandung dalam sekelip mata" - Warganet
Susulan tularnya video itu yang kini telah meraih 29.3M views, 3.7M likes dan 46.9K shares di TikTok, rata-rata warganet turut terhibur melihat reaksi pemuda berkenaan selepas mendapat tahu air yang diminumnya itu adalah susu kakaknya sendiri.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!