"Tak Sangka Wujud" - Gelagat Pemuda Kena Sakat Sebab Takut Sos Cili Ini Curi Tumpuan Ramai
Seriuslah ada penyakit takut dengan sos cili ni?
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Setiap orang pasti ada perasaan takut atau fobia terhadap sesuatu perkara bukan?
Tidak kiralah fobia dengan haiwan ataupun benda-benda yang pelik. Perkara itu kadangkala boleh membuatkan kita trauma seumur hidup.
Namun, lain pula dengan seorang pemuda ini apabila perangai peliknya yang takut kepada sos cili telah mencuri tumpuan ramai baru-baru ini.
Lihat video penuh itu di bawah:
Member saja sakat nak bagi sos cili, sekali terus berubah muka sebab takut
Menerusi perkongsian video daripada @afafiqfahmi, kelihatan pemuda itu sedang makan di sebuah kedai bersama kawan-kawannya.
Apa yang mencuri tumpuan ramai adalah apabila si perakam dengan sengaja mengambil bekas berisi sedikit sos cili dan menyuakan di depan muka pemuda itu.
Namun, riak wajahnya bertukar cuak dan cuba mengelak sehingga menjerit kepada kawannya kerana tidak mahu sos itu dekat dengannya.
Rupa-rupanya, dia memang dari dulu takut kepada sos cili dan perkara itu membuatkan ramai naik hairan kerana pertama kali melihat orang fobia dengan sos.
"Yeah ada geng, kalau kena tangan tu memang tak boleh terima lah. Yang tak makan sos faham la perasaan ni" - Netizen
Susulan tularnya video berkenaan yang kini telah meraih 377.2K views, 52.2K likes dan 659 shares di laman TikTok, rata-rata netizen turut memberikan pendapat masing-masing mengenai perangai pelik pemuda itu.
Malah, rupa-rupanya ramai yang mempunyai fobia sama sepertinya iaitu tidak boleh pegang atau makan sos. Ada juga yang pelik mengapa mereka takut kepada sos.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok: