seismik

[VIDEO] Lelaki Melatah Kena Prank Dengan ‘Pocong’ Ini Buat Member Gelak Sampai Terduduk

Sumpah kelakar!

Cover image via @aienhannyna (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Sebut je pocong, sudah pasti ramai yang terus meremang bulu roma bila terbayangkan kelibatnya bukan?

Apatah lagi jika terjumpa dengannya depan-depan. Mesti cabut lari terus betul tak?

Namun, berbeza pula dengan sebuah video yang tular ini apabila gelagat seorang lelaki yang diprank oleh kawan-kawannya telah mencuit hati ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Sempat join pocong lompat sekali baru fikir nak lari

Menerusi video yang dikongsi oleh @aienhannyna, kelihatan lelaki itu baru saja pulang dari bertugas.

Apa yang menghiburkan adalah apabila dia ternampak kelibat pocong di belakang sebuah van yang sebenarnya merupakan kawannya sendiri.

Disebabkan dia seorang yang mudah melatah, dia spontan menjerit dan melompat sama-sama dengan pocong itu sebelum mencampakkan bajunya serta lari bertempiaran.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah mencecah sehingga 1.1M views, 107.1K likes dan 5.9K shares di TikTok

Hasil tinjauan di ruangan komen, rata-rata warganet turut terhibur melihat reaksi lucu lelaki itu.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada warganet di TikTok:

Aduhai, buat hal betul kawan-kawan kau bang. Nasib baik pocong tu tak kejar :D

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik: