Lebih 3,000 Kes Dera Kanak-Kanak Direkodkan Dalam Separuh Pertama 2026

KPWKM menyeru seluruh lapisan masyarakat untuk melaporkan sebarang kes kecuaian dan penderaan kanak-kanak.

Cover ImageCover image via FMT & RTM

Follow kami di WhatsApp Channels, Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) merekodkan 3,581 kes penderaan kanak-kanak untuk tempoh separuh tahun pertama 2026

Menerusi laporan Bernama, kes penderaan ini merangkumi kes penderaan fizikal, seksual dan emosi kanak-kanak.

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) memaklumkan daripada jumlah itu, sebanyak 1,522 kes direkodkan pada suku pertama (Januari hingga Mac) sebelum meningkat kepada 2,059 kes pada suku kedua (April hingga Jun).

KPWKM turut memaklumkan bahawa kes melibatkan kecuaian dan pengabaian turut mencatat corak peningkatan dalam tempoh sama.

"JKM turut merekodkan sebanyak 987 kes pengabaian, termasuk kecuaian terhadap kanak-kanak, pada suku tahun pertama 2026. Kategori ini turut merekodkan peningkatan pada suku tahun kedua dengan 1,292 kes, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 2,279 kes bagi separuh tahun pertama 2026," menurut kementerian itu.

SAYS.com

Gambar sekadar hiasan.

Image via FMT

Sebanyak 867 kertas siasatan berkaitan penderaan kanak-kanak dibuka oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) setakat Jun 2026

Menurut KPWKM, 267 daripadanya telah didakwa di mahkamah, menegaskan bahawa pihaknya melalui JKM tidak pernah berhenti dalam memastikan kebajikan, keselamatan dan perlindungan kanak kanak terus terpelihara selaras dengan peruntukan di bawah Akta Kanak-Kanak 2001 [Akta 611].

Difahamkan, JKM bertanggungjawab menyelamatkan mangsa, menyediakan penempatan selamat serta memberikan sokongan pemulihan, di samping memperhebat Program Advokasi Perlindungan Kanak-Kanak: KASIH Kanak-Kanak sejak 2023.

"Bagi tempoh Januari hingga September 2026, sebanyak 220 program KASIH Kanak-Kanak telah dilaksanakan di 220 sekolah dengan penglibatan 57,012 peserta yang terdiri daripada kanak-kanak, ibu bapa dan guru.

"Secara kumulatif sejak 2023, program ini telah dilaksanakan di. 1,244 sekolah dan 74 Pusat Aktiviti Kanak-Kanak, dengan penglibatan keseluruhan lebih 270,000 peserta," menurut KPWKM.

Sebarang kes kecuaian dan penderaan kanak-kanak boleh dilaporkan secara terus ke Talian Kasih 15999 atau aplikasi WhatsApp 019-2615999

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik
Read more trending stories on SAYS