seismik

Kena Body Shaming, Gadis Ini Kesal Badan 'Kurus Keding' Padahal Struggle Nak Naikkan Berat

Ada saja yang tak kena dekat mata manusia ni kan.

Cover image via @_afiqahzulkifli (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Masalah body shaming dalam kalangan masyarakat Melayu sudah tidak asing lagi sejak dulu

Walaupun perkara itu sangat sensitif bagi sesetengah orang, ada saja mulut 'laser' yang menganggap body shaming itu sebagai bahan lawak.

Tidak kiralah badan seseorang itu besar atau kecil, pasti ada saja yang tidak kena di mata bagi mereka yang kaki kutuk ini.

Begitulah luahan hati seorang gadis di TikTok apabila dia berkongsi pengalaman dirinya pernah kena body shaming oleh kawan sendiri telah mencuri perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@_afiqahzulkifli

Tak semestinga kurus tu tak sihat, depa ni aktiff ja mcam biasa. Kamii pun struggle tau nak naikkan berat badan

original sound - AfiqahZulkifli

Naik bengang bila kawan sendiri body shaming

Menerusi video yang dimuat naik oleh @_afiqahzulkifli, kelihatan dia menceritakan tentang kawannya yang tidak tahu menjaga mulut dengan memberikan kata-kata berbaur perli.

"Hang nanti malam pertama mesti tak rasa apa kan? Mesti laki hang tak rasa apa," kata kawannya.

Perkara tersebut membuatkan gadis itu bengang kerana baginya soalan itu tak ada motif dan hanya bertujuan untuk body shaming saja.

"Kalau sekali dua hang nak tegur nak melawak tak ada masalah, ni kalau berkali-kali tegur dia jadi tak lawak. Dia jadi macam kurang ajaq," katanya.

"Dulu saya pun pernah sedih sangat sampai sekarang sebab my schoolmates juniors cakap saya ni kurus sangat macam orang sakit. Insecure teruk weh" - Netizen


Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah mendapat 114.8K views, 14.3K likes dan 360 shares di TikTok.

Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut berkongsi pengalaman mereka yang sama seperti gadis itu.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Tak susah pun sebenarnya nak jaga mulut, cuma ada orang memang suka cari kelemahan orang lain untuk tutup rasa insecure dia sendiri :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: