seismik

[VIDEO] Pemuda Beranikan Diri Bagi Air Dekat Polis Jaga ‘Speed Trap’ Dapat Pujian Ramai

Terbaiklah bang!

Cover image via @nyck470 (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Setuju atau tidak, ramai pengguna jalan raya merasa gerun apabila ternampak anggota polis trafik di jalan walaupun tidak buat apa-apa kesalahan?

Tambahan pula jika tersangkut dalam sekatan jalan raya, elok-elok kita yakin tidak membuat sebarang kesalahan, tiba-tiba jadi cuak pula.

Namun, berbeza pula dengan seorang pemuda ini apabila dia bersikap prihatin menghulurkan air kepada pegawai polis trafik yang sedang bertugas di tengah panas telah mendapat pujian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Kesian tengok polis duduk berpanas jaga speed trap seorang diri, sanggup turun kereta dan hulurkan air

Menerusi video yang dimuat naik oleh @nyck470, kelihatan sekumpulan pemuda itu memberhentikan kereta mereka di tepi jalan apabila ternampak seorang pegawai polis trafik yang sedang bertugas menjaga speed trap.

Apa yang membuatkan ramai kagum adalah apabila salah seorang daripada mereka bertindak turun dari kereta sambil memegang sebungkus air minuman untuk diberikan kepada polis tersebut.

Polis itu yang sedang fokus menjalankan tugasnya menghalakan speed trap kepada pesalah jalan raya dilihat sedikit terkejut dan sempat menundukkan kepalanya tanda berterima kasih atas keprihatinan pemuda berkenaan.

"Good job bro, tak semua orang berani nak datang dekat walaupun ada niat tu. Takut kena tembak speed trap dari jarak dekat kot" - Netizen

Susulan tularnya video tersebut yang kini telah mendapat 1M views, 88.9K likes dan 2.1K shares di laman TikTok, rata-rata netizen turut memuji tindakan baik pemuda itu.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Memang patut dipuji pun apa yang abang ni buat. Walaupun pertolongan yang diberi mungkin kecil, tapi besar maknanya buat pegawai polis tu yang dah penat berpanas :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: