seismik

Disunting Dengan ‘Lagu’ Lucu, Aksi Lelaki Lari Roadblock & Dikejar Polis Ini Curi Tumpuan

"The real polis entry one two jaga" - Warganet.

Cover image via @shahh04._ (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Apabila tersangkut di jalan raya gara-gara roadblock, sudah pasti ada di antara kita auto cemas walaupun tidak membuat apa-apa kesalahan bukan?

Ada yang tiba-tiba gelabah apabila ternampak anggota polis, terus terfikir lesen dan road tax sudah renew atau belum. Malah, ramai yang mengambil tindakan untuk lari dari roadblock kerana ada kesalahan yang dilakukan.

Namun, berbeza pula dengan sebuah video ini apabila aksi anggota polis trafik mengejar seorang lelaki yang bertindak lari dari roadblock telah mencuri perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Aksi kejar-mengejar dirakam, siap disunting dengan lagu viral di TikTok

Menerusi video yang dimuat naik oleh @shahh04._, kelihatan polis trafik itu mengejar lelaki berbaju kuning ketika roadblock dijalankan di sebuah lokasi yang tidak diketahui.

Dipercayai, lelaki tersebut cuba meloloskan dirinya daripada roadblock di kawasan itu. Walaupun polis itu mencuba sedaya upaya untuk mengejarnya, suspek terbabit dilihat laju melarikan diri seperti lipas kudung.

Apa yang membuatkan ramai terhibur adalah apabila si perakam sempat menyunting aksi kejar-mengejar itu dengan lagu Gadis Dan Bunga nyanyian Rahimah Rahim sebagai muzik latar.

Situasi serius itu bertukar menjadi lucu gara-gara video tersebut disunting dan berjaya mencuit hati warganet di TikTok.

Video berkenaan telah tular sehingga mencecah 3M tontonan, 237.4K tanda suka serta 11.2K perkongsian di laman TikTok

Rata-rata warganet turut terhibur melihat adegan kejar-mengejar itu. Malah, mereka juga sempat meninggalkan komen lucu.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok:

Elok-elok nak serius, terus tergelak. Macam kena pula lagu dengan situasi kejar-mengejar tu :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: