seismik

Sakan Berjoget Masa Jaga Jalan, Netizen Terhibur Tengok Polis Trafik Versi 'Zumba' Ini

Seronok pula tengok lenggok dia tu.

Cover image via @shahrulearul (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Tugas menjadi polis trafik mungkin nampak senang di mata sesetengah orang kerana hanya menjaga jalan raya saja

Namun, sebenarnya mereka juga stres setiap hari perlu menghadap laluan trafik berjam-jam dan pelbagai kerenah pengguna jalan raya.

Tambahan pula jika ada kemalangan, sudah tentu bertambah penat dan stres kerana mereka perlu mengawal laluan trafik dengan lebih cermat dan mengelakkan jammed terlalu lama.

Tetapi, berbeza pula dengan seorang polis trafik ini apabila dia berjaya mencuri tumpuan ramai di laman TikTok gara-gara sempat berjoget semasa menjaga jalan raya.

Lihat video penuh tersebut di bawah:

Sakan berjoget zumba masa tengah bertugas jaga jalan

Menerusi perkongsian video oleh Shahrul Earul, kelihatan polis trafik itu sedang bertugas menjaga jalan raya utama di sebuah pekan di Indonesia.

Namun, apa yang menarik perhatian ramai adalah polis itu bertindak menari zumba seorang diri di tepi jalan seolah-olah ingin menghiburkan kenderaan yang lalu lalang di situ.

Aksi lincahnya itu kemungkinan dirakam oleh kawannya atau orang awam yang sedang berada di sana. Ternyata, dia berjaya menghiburkan warganet yang melihat video tersebut.

"Kau rasa kalau kat Malaysia? Dah lama kena langgar dengan Myvi hahaha" - Warganet

Susulan tularnya video itu yang kini telah meraih 787.4K tontonan, 57.4K tanda suka serta 11.2K perkongsian di TikTok, rata-rata warganet turut terhibur melihat tarian spontan polis trafik berkenaan.

Malah, ada yang berpendapat mungkin itu salah satu caranya untuk menghilangkan penat dan stres bekerja.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok:

Bukan main lembut lagi badan dia menari ya, jangan jalan jammed sebab tengok abang polis ni berzumba dah la :P

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: