Berlakon Jadi Guru Kelas Ambil Kehadiran Tahun 2050, Nama Anak Murid Bikin Ramai Terhibur!
Sumpah berdekah tengok nama sorang-sorang.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Seperti mana yang kita tahu, seluruh rakyat Malaysia sudah terlalu bosan duduk di rumah akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang masih belum ketahui bila akan berakhir
Perkara tersebut telah menyebabkan ramai semakin parah dan mencetuskan idea untuk membuat pelbagai jenis video demi hiburkan diri sendiri sehingga menjadi viral di media sosial.
Begitu juga dengan sebuah video yang baru-baru ini tular di laman TikTok apabila seorang gadis berlakon menjadi guru pada tahun 2050 mengundang dekah ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Berlakon jadi cikgu ambil kehadiran pada tahun 2050, nama anak murid pula lawak bukan main
Video berdurasi 21 saat yang dimuat naik oleh gadis bernama @syikindot memaparkan dia berlakon menjadi guru yang sedang mengambil kehadiran anak murid pada tahun 2050.
Namun, apa yang lebih menghiburkan adalah apabila dia menyebut nama-nama anak muridnya berjaya membuat ramai ketawa.
Antara nama yang disebut adalah Han De Setaizer binti Duk Duk Rum Ah, Kuar An Tina binti Koron Ah, Susi Tangan binti Membasmi Kuman, Keyna Kempaun binti Sepuluh Ribu dan macam-macam lagi.
Lihat video penuh sambungan itu di bawah:
"Stop la tolong stop, sakit perut aku ni hahaha ni semua salah PKP!" - Warganet
Ikutan tularnya video tersebut yang kini meraih 2.4M tontonan, 256.9K tanda suka dan 31.6K perkongsian di TikTok, ternyata rata-rata warganet turut terhibur melihat gelagat spontan gadis itu yang sangat kreatif menghasilkan content sesuai dengan pandemik yang berlaku sekarang.
Malah, ramai yang siap menokok tambah meninggalkan nama-nama lucu lain di ruangan komen videonya itu.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok: