Gadis Pakai Kaftan Batik Naik Bot, Sekali Angin Kuat Sampai Kain Berkibar Atas Kepala
Alamak! Tak cun lah OOTD nanti.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Setiap kali pergi melancong, sudah pasti kita akan menyediakan pakaian yang bersesuaian untuk bergambar di tempat menarik bukan?
Jika tersalah pilih baju, habislah rosak mood seharian nak bergambar disebabkan perkara remeh. Tambahan pula jika bercuti di pulau, lagilah kena pandai pilih baju yang sesuai.
Namun, nasib tidak menyebelahi seorang gadis ini apabila baju yang dipakainya semasa menaiki bot laju di sebuah pulau tidak mahu memberi kerjasama.
Lihat video penuh itu di bawah:
Konfiden melaram pakai baju kaftan batik, sekali jenuh pegang sebab angin kuat sangat sampai baju berkibar
Menerusi video yang dikongsi oleh @fettyrusly45, kelihatan gadis itu sedang menaiki speedboat bersama kawan-kawannya.
Namun, angin sangat kuat ketika itu telah menyebabkan kaftan berwarna pink yang dipakainya berkibar sampai naik ke atas kepala.
Ternyata, gadis itu jelas nampak tidak selesa sehingga terpaksa duduk dan menahan kain bajunya dari naik berkibar ke atas.
"Angin yang salah, perempuan tak salah pakai baju tu" - Netizen
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah mendapat 1.5M tontonan, 50.8K tanda suka serta 1.4K perkongsian di laman TikTok.
Rata-rata netizen turut terhibur melihat gadis tersebut struggle membetulkan pakaiannya berulang kali.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!