[VIDEO] Geng Suami Pasrah Pegang Pinggan, Tunggu Isteri Ambil Gambar Dulu Sebelum Makan
Bertabahlah ya, orang perempuan memang macam tu.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Alam perkahwinan sememangnya sangat indah, kita dapat mengenali sifat baik dan buruk sebenar pasangan
Namun, sekiranya suami dan isteri sama-sama mempunyai sikap toleransi dan saling mengalah melayan kerenah masing-masing, sudah tentu tidak ada masalah dalam rumah tangga.
Sama seperti sebuah video ini yang menguji kesabaran para suami apabila terpaksa menunggu isteri mereka mengambil gambar makanan puas-puas sebelum makan telah mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Geng suami pasrah berdiri sambil pegang pinggan, muka redha tunggu isteri masing-masing ambil gambar makanan
Menerusi video yang dimuat naik oleh @yayamoshi, kelihatan sekumpulan suami membawa keluarga mereka berpiknik di tepi pantai.
Apa yang menghiburkan adalah apabila mereka dilihat pasrah menanti para isteri sibuk mengambil gambar dan video juadah makanan di atas tikar.
Lebih mencuit hati, riak wajah mereka seolah-olah menahan sabar sambil memegang pinggan berisi nasi itu.
"Hahaha penantian satu penyeksaan untuk kaum lelaki. Aku rasa yang paling sedih abang yang pegang anak tu, nasi pun belum dapat" - Netizen
Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 2.5M views, 245K likes dan 13.6K shares di laman TikTok.
Tinjauan di ruangan komen pula mendapati rata-rata netizen turut terhibur dan dapat relate dengan situasi berkenaan, lebih-lebih lagi para wanita.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Kesian pula tengok muka masing-masing menahan lapar. Yang isteri semua seronok ambil gambar, sabar jelah :D
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!