"Kantoi Pulak" - Isteri Rakam Habit Suami Suka Gentel Bantal Busuk Ini Buat Ramai Terhibur
Mesti dah terbiasa dari kecil ni.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Sejak kecil, pasti ramai di antara kita mempunyai tabiat yang susah untuk ditinggalkan sampai ke besar bukan?
Malah, ada yang terbawa-bawa habit itu sampai ke alam perkahwinan dan lama kelamaan terkantoi juga dengan pasangan masing-masing.
Seperti sebuah video yang tular ini apabila seorang lelaki kantoi suka menggentel bantal busuknya telah mencuri tumpuan ramai di TikTok.
Lihat video penuh itu di bawah:
Gentel bantal busuk sambil tengok TV, tak sedar isteri rakam senyap-senyap
Menerusi video yang dimuat naik oleh @mutiararosianti27, kelihatan dia merakam gelagat suaminya secara senyap-senyap setiap kali menonton televisyen.
Lelaki itu dilihat sedang syok menggentel bucu bantal busuknya seolah-olah perkara itu adalah nikmat baginya.
Namun, apabila dia tersedar perbuatannya itu dirakam, dia pantas melepaskan bucu bantal dan kelam kabut memarahi si isteri kerana malu tabiatnya itu kantoi beberapa kali.
"Eh ada geng rupanya hahaha. Sama weh, main gentel-gentel hujung bantal lepas tu main-main rambut khayal lelap terus" - Netizen
Susulan tularnya video tersebut yang kini sudah mencecah 4.7M views, 387.8K likes dan 5.7K shares di TikTok, ternyata rata-rata netizen turut terhibur dan berkongsi habit sama seperti lelaki itu.
Ada juga habit lain seperti menggosok tangan orang atau dinding sejuk sebelum tidur. Ada juga yang suka gentel cuping telinga orang lain.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!