seismik

Sedih Cinta Dipermainkan, Pemuda Ini Pasrah Kekasih Tiba-Tiba Bertunang Dengan Orang Lain

Tergamak ya dia buat macam tu.

Cover image via @terlalucomplicated (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Setiap pasangan yang bercinta sudah pasti ingin mengakhiri hubungan itu dengan ikatan perkahwinan yang sah

Toleransi dalam hubungan sangatlah penting, kedua-dua pihak harus saling memahami antara satu sama lain dan berbincang betul-betul tentang fasa seterusnya.

Namun, nasib tidak menyebelahi pemuda ini apabila dia mendapat tahu kekasihnya tiba-tiba bertunang dengan orang lain telah mencuri tumpuan ramai di TikTok.

Lihat video penuh itu di bawah:

@terlalucomplicated

Hebat permainan dia,semalam keluar elok2,harini dah jadi tunang orang lain,manusia memang takda hati perut macam ni gamaknya..

Pasti - Cherpen Band

Baru je keluar sama-sama, tiba-tiba dapat tahu kekasih bertunang dengan orang lain

Menerusi video yang dimuat naik oleh pengguna bernama @terlalucomplicated dengan kapsyen "hebat permainan dia, semalam keluar elok-elok, harini dah jadi tunang orang lain, manusia memang takda hati macam ni gamaknya," kelihatan dia berkongsi perbualan bersama kekasihnya itu melalui aplikasi WhatsApp.

Gadis itu pada mulanya memberitahu dia ada kenduri kawan yang perlu dihadiri, namun dia sempat berseloroh kononnya itu merupakan kenduri dia sendiri.

Tanpa disangka-sangka, pemuda itu mendapat tahu pada hari kejadian rupa-rupanya memang kekasihnya itu mengikat tali pertunangan bersama lelaki lain.

Dia yang terkejut pantas menghantar mesej kepada gadis itu dan bertanya mengapa dia dicurangi seperti itu dan kecewa kerana kekasihnya tidak jujur dalam hubungan mereka. Gadis tersebut hanya mampu meminta maaf.

"Berat ujianmu bro, stay strong. Moga dapat pengganti yang lebih baik. Kifarah tu wujud, takpa Allah kan ada" - Netizen

Susulan tularnya video berkenaan yang kini telah mencecah 2.2M views, 207.9K likes dan 15.8K shares di laman TikTok, rata-rata netizen turut merasa geram dengan apa yang gadis itu lakukan.

Malah, ramai yang memberikan kata-kata semangat buat pemuda tersebut supaya terus kuat dan mendoakan agar dia mendapat pengganti lebih baik nanti.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Tak sangka rupa-rupanya zaman sekarang ramai lagi manusia yang tak ada hati perut. Suka hati je mainkan perasaan orang macam ni ya :'(

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: