"Demi Sesuap Wet Food" - Gelagat Si Oyen Tolong Buaikan Baby Ini Bikin Warganet Terhibur
Serba boleh ya Oyen.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Oyen merupakan kucing yang paling digemari ramai kerana gelagatnya yang sering menghiburkan hati
Malah, ia juga kucing yang nakal dan sering dikatakan banyak akal. Sesiapa saja yang membela Oyen pasti akan merinduinya jika ia sudah tiada bukan?
Seperti video yang tular baru-baru ini di TikTok memaparkan gelagat Oyen membuai seorang bayi telah mencuit hati ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Oyen baik hati, gigih volunteer tolong buai baby
Menerusi perkongsian video daripada @ieraharisepiy, kelihatan si Oyen sedang bersungguh-sungguh menghenjutkan buaian anak tuannya.
Gelagatnya yang tidak ubah seperti manusia itu telah berjaya menarik perhatian dan menghiburkan hati para warganet, lebih-lebih lagi mereka yang merupakan pencinta kucing.
"Aii abam Oyen nak tolong jaga adik ni, ringan kerja ibu," kata tuannya.
"Sempoilah Oyen, macam abang foodpanda jugak la semua kerja dia boleh buat haha pandai mengasuh" - Warganet
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 599K tontonan, 45.5K tanda suka dan 2.3K perkongsian di TikTok.
Tinjauan di ruangan komen pula mendapati rata-rata warganet turut terhibur melihat gelagat si Oyen yang bijak itu.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!