seismik

Gelagat Penunggang Motor Selamba Masuk Lorong Touch 'n Go Ini Buat Ramai Tertanya-Tanya

"Tak pernah naik highway kot" - Netizen.

Cover image via @ann8nadzri (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Sebagai pengguna jalan raya, sudah tentu banyak ragam yang kita pernah lihat terjadi di depan mata bukan?

Tidak kiralah pemandu kereta, lori, bas, mahupun penunggang motosikal. Ada saja masalah yang mereka timbulkan.

Namun, tular pula sebuah video di TikTok baru-baru ini apabila gelagat seorang penunggang motosikal di tol telah mencuri perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Selamba masuk tol dan bayar Touch 'n Go

Menerusi perkongsian video daripada @ann8nadzri, kelihatan si perakam sedang berada di salah sebuah laluan tol.

Apa yang membuatkan dia terkejut adalah apabila terdapat motosikal di depannya yang sedang membayar tol menggunakan laluan Touch 'n Go.

Dia tergelak kerana motosikal sebenarnya tidak perlu membayar tol dan ada laluan mereka sendiri di bahagian paling kiri lebuh raya itu.

Namun, apabila ditegur oleh jurutol bahawa mereka tidak perlu membayar, penunggang motosikal itu segera lalu di tepi palang tol tersebut.

"Ada sebab dia tak nak ikut laluan motor, yang pernah kena je tahu" - Netizen

Susulan tularnya video berkenaan yang kini sudah meraih sehingga 2.3M views, 147K likes dan 12K shares di TikTok, rata-rata netizen turut membuat spekulasi masing-masing mengapa penunggang motosikal itu masuk ke dalam laluan tol.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Mungkin dia termasuk laluan tol kot, nak patah balik tak sempat jadi redah jelah :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: