seismik

"Nice Try" - Lelaki Cuba Cabaran Sebut Kicap Cuka Laju-Laju, Tapi Awal Video Dah Kelaut

Belum apa-apa lagi bang, aduh!

Cover image via @4ksaiii (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Seperti semua tahu, TikTok merupakan platform di mana ramai yang membuat macam-macam challenge

Ada yang menari, menyanyi, lip sync dan karaoke. Namun, kadangkala terjadi juga situasi lucu apabila sesuatu challenge itu tidak menjadi.

Seperti contoh, sebuah video yang tular baru-baru ini apabila seorang lelaki mencuba untuk sebut 'kicap cuka' laju-laju telah mengundang tawa ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@4ksaiii

ni vd lain plak sbb vd tdi kne community guidlines

I'm Addicted To - SUBAG GOO

Baru mula nak sebut 'kicap cuka', sekali lain pula yang keluar

Menerusi video yang dimuat naik oleh @4ksaiii, kelihatan lelaki itu sedang cuba untuk menyahut cabaran menyebut perkataan kicap dan cuka dalam nada yang laju.

Namun, apa yang melucukan adalah apabila dia tidak dapat menyebut kedua-dua perkataan itu dengan betul sebaik saja memulakan rakaman.

Dia malah menyebut 'kicap kuceka' dan telah membuatkan ramai ketawa melihatnya kerana baru permulaan video, dia sudah gagal.

"Hahahaha tak start lagi dah kelaut! Thank you hiburkan hari saya" - Warganet

Susulan tularnya video tersebut yang kini telah meraih 1.1M tontonan, 102.6K tanda suka dan 2.7K perkongsian di laman TikTok, rata-rata warganet turut terhibur melihat gelagat lelaki itu.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok:

Apa ni bang, belum apa-apa dah failed. Sumpah lawak! :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: