seismik

"Melawan Hukum Kenduri" - Lelaki Tersalah Guna Alas Pinggan Ini Undang Tawa Ramai

Kena cuci pinggan sendirilah nampak gayanya ni.

Cover image via @saifulizzan99 (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Setiap kali datang ke majlis kahwin, antara perkara yang ditunggu-tunggu oleh tetamu adalah semestinya lauk kenduri

Tambahan pula kalau sudah lama tak merasa makan nasi minyak, memang kadangkala membuatkan kita teruja sehingga terlupa sesetengah perkara.

Baru-baru ini, berlaku satu situasi lucu di kenduri kahwin apabila gelagat seorang lelaki menggunakan alas pinggan dengan cara yang salah telah membuatkan ramai terhibur.

Lihat video penuh itu di bawah:

@saifulizzan99 Alamak silap lah dia ni @haziqhaikal71 #fyp bunyi asal - EPUL SAN

Lain daripada orang lain, selamba letak lauk kenduri atas pinggan dan guna alas di bawah

Menerusi video yang dimuat naik oleh @saifulizzan99, kelihatan sekumpulan lelaki itu menjamu selera di sebuah majlis kenduri.

Apa yang melucukan adalah apabila mereka semua menggunakan alas makanan di atas pinggan untuk meletakkan nasi dan lauk kenduri, namun salah seorang daripadanya tersilap cara.

Lelaki itu dilihat menggunakan alas pinggan dengan gaya yang salah dan tidak sama dengan kawan-kawan lain. Kebiasaannya, pihak katering akan menggunakan alas pinggan seperti itu untuk memudahkan kerja mereka supaya pinggan tidak terlalu kotor.

Selepas ditegur caranya itu salah, dia seperti ingin membela tindakannya dan tergelak kecil apabila kawan-kawan yang lain turut terhibur melihat caranya menggunakan alas pinggan itu.

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah mendapat 258.2K views, 28.1K likes dan 214 shares di TikTok

Manakala, tinjauan di ruangan komen pula mendapati rata-rata warganet turut terhibur melihat gelagatnya.

Malah, ada yang mengatakan dia boleh turut serta kumpulan pelawak Sepahtu dan menggantikan Shuib kerana lawaknya itu.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok:

Mesti dia dah sedar tersilap letak makanan atas pinggan dulu, lepas tu malu nak ambil makanan lagi sekali kan :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: