Lelaki Ini Baru Nak 'Acah' Garang Dengan Isteri, Sekali Kena Jerkah Terus Lain Jadinya
Hilang semua dialog yang dah praktis tadi. Lawaklah!
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Dalam rumah tangga, tak sah jika tiada gurauan antara suami isteri betul tak?
Walaupun ada sesetengah lelaki mendapat isteri yang garang, namun merekalah yang sebenarnya paling penyayang.
Istilah 'takut bini' sudah sering kita dengar baik dalam filem mahupun realiti. Tetapi, kadangkala timbul juga situasi lucu apabila mereka cuba untuk menjadi garang dengan isteri.
Seperti video tular ini yang memaparkan gelagat seorang lelaki cuba untuk menjadi garang dengan isterinya bertukar menjadi situasi lucu telah mengundang tawa ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Konon nak suruh isteri masak lauk favourite, sekali bila call lain pula yang jadi
Menerusi video yang dimuat naik oleh @sujimy, kelihatan lelaki itu ingin menelefon isterinya untuk menyuruh dia memasak lauk kegemarannya sebaik saja tiba di rumah.
Namun, lain pula yang terjadi apabila isterinya mengangkat telefon. Daripada ingin menyuruh isteri masak, dialognya terus bertukar sebaik saja mendengar suara garang si isteri.
Malah, dia juga menuruti permintaan si isteri untuk membeli macam-macam seperti roti, telur dan durian. Pada akhir video, dia sempat berkata seorang diri "kenapa jadi lain pulak dialog ni, apa jadi dengan makanan favourite aku?".
"Kena jerkah 'baliklah, asal tepon?' terus lupa dialog hahaha" - Netizen
Susulan tularnya video berkenaan yang kini telah meraih 1.4M views, 113.9K likes dan 2.9K shares di laman TikTok, rata-rata netizen turut terhibur mendengar perbualan suami isteri itu.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Alahai tak pasal-pasal kena beli benda lain pula. Lauk favourite pun tak dapat. Cuba lagi lain kali bang! :D
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!