seismik

"Siap Tidur Luar" - Mak Rakam Gelagat Anak Main Depan Rumah Sambil Tackle Jiran Sebelah

Amboi bukan main ya dik!

Cover image via @iamsitizulaiha (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Telatah anak-anak yang sedang membesar sememangnya dapat menceriakan hari-hari kita

Semakin mereka meningkat umur, mereka akan lebih cenderung untuk membuat pelbagai perkara yang kita tidak jangka.

Seperti sebuah video ini yang memaparkan gelagat seorang kanak-kanak lelaki yang cuba mengurat jiran sebelahnya telah mencuit hati ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Ajak jiran berkenalan, siap berjoget dan sanggup tidur luar rumah

Menerusi video yang dikongsi oleh @iamsitizulaiha, kelihatan wanita itu merakam gelagat anak lelakinya yang selalu bermain di luar rumah.

Apabila ditinjau, rupa-rupanya si anak teruna sudah berkenalan dengan anak jiran sebelah mereka. Pelbagai telatah kanak-kanak lelaki itu yang dirakam seperti cuba mengurat, berjoget dan siap tidur di luar rumah.

Perkara itu telah mencuit hati si ibu dan membuatkan dia menunjukkan perbezaan dari mula-mula anaknya berkenalan dengan jiran sebelah sehinggalah sebulan perkenalan.

"Cinta pandang pertama, kenal dari pakai pampers lagi. Tak poning dah omak eh, dah jumpo jodoh haha" - Netizen

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 808.1K views, 65.1K likes dan 2.2K shares di TikTok.

Rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat kanak-kanak itu dan jirannya. Malah, mereka siap mengusik kononnya si ibu tak perlu carikan jodoh untuk anak kerana sudah ada depan mata.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Kecil-kecil dah pandai mengurat anak dara orang ya dik, comel je perangai :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: