Budak Lelaki Merajuk Lari Rumah Bawa 4 Helai Baju, Sekali Malu Teruk Atuk Jemput Balik
Alahai comelnya perangai kau ni dik, geram!
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Dulu masa kecil-kecil, pasti kita akan memberontak apabila tidak dapat sesuatu ataupun bila kena marah dengan ibu ayah bukan?
Biasalah, zaman belum matang dan tidak fikir panjang. Pantang kena tegur sikit, mulalah buat perangai, tarik muka dan sebagainya. Tetapi, itu semua lumrah proses semasa membesar.
Namun, lain pula yang terjadi dalam sebuah video tular ini apabila gelagat seorang budak lelaki melarikan diri dari rumah telah mengundang dekah ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Tengah hari buta lari dari rumah sebab merajuk, sekali kena 'angkut' balik rumah
Menerusi video yang dimuat naik oleh @quinazreen, kelihatan budak lelaki itu melarikan diri dari rumah sambil membawa beg galas di belakangnya.
Difahamkan, dia berkelakuan sedemikian kerana merajuk dengan atuknya. Dalam cuaca panas terik, dia dilihat berlari dengan laju seolah-olah tidak nekad mahu tinggalkan rumah.
Namun tidak lama kemudian, kelihatan dia menunggang motosikal bersama atuknya yang gigih memujuk cucu kesayangan untuk balik ke rumah.
Gara-gara malu kelakuannya itu dirakam, dia pura-pura tidur di belakang atuknya. Malah, dia juga dikatakan hanya membawa empat helai baju saja semasa lari dari rumah.
Lihat video sambungan itu di bawah:
"Dik, akak dulu pernah terfikir macam ni dik tapi fikir nak masakan mak je akak tak lari. Weh samalah masa tu aku 5 tahun, siap dah tunggu bas lagi. Hahaha" - Netizen
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 883.5K views, 64.1K likes dan 597 shares di laman TikTok.
Tinjauan di ruangan komen pula mendapati rata-rata netizen turut terhibur dengan gelagat budak lelaki itu. Malah, ramai yang berkongsi pengalaman childhood mereka yang juga pernah melarikan diri dari rumah.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!