seismik

[VIDEO] Cubaan Budak Lelaki Nak Paw Mak Beli Mainan Di Toys "R" Us Ini Cuit Hati Ramai

Mahal jugak mainan yang dia minta tu. Habislah mak nya.

Cover image via @zarasofeamdzin (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Mainan dan kanak-kanak memang tidak dapat dipisahkan lagi sejak mereka kecil

Iyalah, selalunya ibu bapa akan membelikan mainan untuk anak-anak dengan tujuan untuk menghiburkan mereka selain dapat membantu perkembangan otak mereka.

Jadi, tidak hairanlah jika mereka sudah pandai meminta mainan itu dan ini apabila semakin meningkat besar.

Sama seperti apa yang berlaku dalam video ini apabila gelagat seorang budak lelaki meminta mainan berharga RM219.99 pada emaknya telah mencuri tumpuan.

Lihat video penuh itu di bawah:

@zarasofeamdzin

HAHA , anak anak tempat ni mmg berhantu janji masuk nak cari playdoh tapi dia ambil lain

original sound - Zara Sofea Md Zin

Berkeras nak beli mainan dekat Toys “R” Us, siap cakap murah padahal harga RM219.99

Menerusi video yang dimuat naik oleh @zarasofeamdzin, kelihatan dia dan anaknya itu sedang berada di dalam kedai mainan kegemaran kanak-kanak iaitu Toys “R” Us.

Apa yang mencuri perhatian adalah apabila si kecil itu mengheret sekotak mainan yang agak mahal berharga RM219.99 dan mencuba untuk 'paw' emaknya.

Lebih melucukan lagi, dia siap menjawab selepas emaknya tidak ingin membelikan mainan itu dengan berkata "Eh, apa pulak? Ini murahlah, bukan mahal. Murah".

Kemudian, dia hampir mengamuk apabila emaknya berkeras tidak mahu membelikan mainan itu. Akan tetapi, akhirnya dia berjaya mendapatkan mainan yang dia inginkan.

Lihat video penuh sambungan itu di bawah:

"Jangan dia mintak suruh beli gundam yang atas RM1000 sudah, haha patutlah banyak budak nangis kat mall" - Netizen

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah mencecah 2.2M tontonan, 215.1K tanda suka serta 1.9K perkongsian di laman TikTok.

Rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat lucu budak lelaki itu yang pandai menjawab dengan emaknya.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Pening kepala mak dia nak melayankan anak minta mainan mahal-mahal. Nasib baik sayang tau! :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: