Bila Cikgu Masuk Group WhatsApp Murid Darjah Satu, Voice Note Dua Budak Ini Undang Dekah
Perempuan mesti nak menang punya.
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Menjadi guru di sekolah rendah sudah pasti lebih menghiburkan berbanding mengajar di sekolah menengah
Hal ini kerana pelajar di tahun satu hingga enam masih boleh mendengar kata dan tidak banyak ragam.
Namun, gelagat mereka kadangkala juga dapat menghiburkan hati para guru setelah seharian penat mengajar. Tambahan pula jenis yang suka membuat lawak.
Seperti sebuah video yang tular di TikTok ini, seorang guru berkongsi perbualan dua orang anak muridnya di dalam group WhatsApp telah mengundang dekah ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Saja cari pasal dalam WhatsApp, siap berlawan voice note
Menerusi perkongsian video daripada @hafizjenol, kelihatan dia merakam perbualan dua orang anak murid tahun satunya itu di dalam group WhatsApp mereka.
Dipercayai, group WhatsApp itu hanya terdapat beberapa orang anak muridnya dan dia saja. Mereka memasukkan cikgu itu kerana rapat dengannya.
Apa yang melucukan adalah apabila murid bernama Mohammad dan Cinta berlawan voice note dan sengaja mencari pasal sesama sendiri. Perbualan mereka itu ternyata menghiburkan si cikgu membuatkan dia terpaksa memuat naik rakaman tersebut ke laman TikToknya sebagai kenangan.
Lihat video sambungan itu di bawah:
"Nampak sangat cikgu dia baik dan tak garang, semua gangster ya hahaha" - Warganet
Susulan tularnya video berkenaan yang kini telah meraih sehingga 2M tontonan, 181.6K tanda suka serta 3.1K perkongsian di TikTok, rata-rata warganet turut terhibur mendengar voice note anak muridnya itu.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada warganet di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!