seismik

Geng Suami Main Sukan Tadika Hisap Botol, Tapi Bunyi Gelak Orang Lain Pula Jadi Tumpuan

Terhibur sangat tu kak.

Cover image via @taufiqnadzri90 (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Baru-baru ini, pasti anda perasan kebanyakan orang yang membuat hari keluarga akan menyelitkan sukan tadika bagi para suami bukan?

Antara sukaneka yang popular adalah para suami perlu merangkak ke arah isteri masing-masing dan menghisap air di dalam botol sehingga habis.

Tidak terkecuali dengan sebuah video yang tular ini, apabila gelagat seorang lelaki turut menyertai sukaneka tersebut dan suara gelak seseorang telah mencuri tumpuan.

Lihat video penuh itu di bawah:

@taufiqnadzri90 fokus kat menyusu fokus kat gelak #fyp original sound - Taufiq Nadzri

Tengah main game hisap botol, sekali bunyi gelak seseorang pula yang dapat perhatian

Menerusi video yang dimuat naik oleh @taufiqnadzri90, kelihatan ketika itu mereka sedang bermain sukaneka yang memerlukan para suami merangkak ke arah pasangan masing-masing dan menghabiskan air di dalam botol susu.

Apa yang mencuri tumpuan adalah lelaki yang memakai baju berwarna hitam dilihat mendahului pertandingan tersebut dan menghabiskan air di dalam botol susu itu dengan cepat.

Namun, lebih melucukan lagi apabila terdengar bunyi gelak seseorang di situ yang sangat terhibur melihat gelagat para suami sehingga bunyi gelaknya seperti sedang mengilai.

"Aku gelak sebab dengar yang gelak tu, macam nak terkeluar anak tekak haha" - Netizen

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah mendapat 1.3M views, 90.3K likes dan 4.1K shares di TikTok.

Tinjauan di ruangan komen pula mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat lelaki berbaju hitam dan bunyi gelak di belakang kamera itu.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Tak pasal-pasal kena gelak sebab jadi baby balik ya, terhibur tengok! :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: