seismik

[VIDEO] Lelaki Ini Beli Sarapan Pagi, Sekali Bila Buka Lain Pula Yang Dia Dapat. Alamak!

Habislah tokey kedai cari mana timun dia.

Cover image via @bukanceohanyakuli (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Kebiasaannya, mereka yang bekerja di pejabat pasti akan membeli sarapan pagi terlebih dahulu sebelum memulakan kerja

Namun, baru-baru ini berlaku satu kejadian lucu pada seorang lelaki apabila dia mendapati sarapan pagi yang dibelinya tidak seperti yang diharapkan.

Lihat video penuh tersebut di bawah:

Niat nak beli sarapan, sekali bila buka bungkusan dapat timun

Menerusi perkongsian video daripada @bukanceohanyakuli, kelihatan lelaki itu baru saja membeli sarapan paginya sebelum bertolak ke pejabat.

Namun, sebaik saja membuka bungkusan makanan itu, dia terkejut apabila terdapat dua batang timun yang masih belum dipotong di dalamnya.

Manakala, sarapan yang dibelinya tiada di situ. Lebih menghiburkan, lelaki berkenaan memberitahu dia sudah memulangkan semula timun mak cik kedai itu.

"Mesti riuh mak cik tu timun dia hilang masa pack makanan. Haha serius terhibur" - Warganet

Ternyata, rata-rata warganet turut terhibur melihat video itu yang kini sudah mendapat 137.7K views, 3.2K likes dan 197 shares di TikTok.

Malah, ada yang berseloroh dan berpendapat bahawa mungkin mak cik kedai itu menyuruh lelaki berkenaan untuk diet.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok:

Ini kalau tengah lapar teruk tiba-tiba dapat timun, memang boleh buat gaduh. Nasib baik brader ni chill je, siap pulangkan pula tu :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: