seismik

Abang Rider Bagi Buah Oren Dekat Tepi Jalan, Reaksi Monyet Ini Pula Curi Tumpuan Ramai

Pandainya dia appreciate!

Cover image via @areonnwoon (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Sebagai manusia, kita haruslah berbuat baik sesama sendiri dan juga mempunyai perasaan kasih sayang terhadap haiwan

Kadangkala, walaupun kita hulurkan sedikit makanan buat haiwan di tepi jalan, tetapi pahala yang kita dapat sebenarnya adalah sangat besar.

Seperti video berdurasi 42 saat ini yang memaparkan seorang rider foodpanda memberi buah oren kepada sekumpulan monyet telah mencuri perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Monyet seronok dapat buah oren free, siap bagi senyuman dulu sebelum ambil

Menerusi video yang dimuat naik oleh @areonnwoon, kelihatan dia memberhentikan motornya di tepi jalan untuk memberikan beberapa buah oren kepada monyet liar di situ.

Namun, apa yang membuatkan ramai terhibur dan tersentuh adalah apabila salah seekor monyet itu sempat tersenyum kepada rider foodpanda tersebut sebelum mengambil buah oren yang dihulurkan kepadanya.

Manakala, ada juga beberapa ekor monyet lain yang takut dan tidak mengambil buah oren itu lalu beredar.

"Dia senyum sebab abang COD free delivery dekat dia tu, yang tak nak limau tu dia nak angpau bang haha" - Netizen

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah mencecah 16.9M views, 1.5M likes serta 13.3K shares di laman TikTok.

Rata-rata netizen turut terhibur melihat senyuman ikhlas monyet tersebut. Malah, ada yang berkata memberi makanan dekat haiwan lagi rasa dihargai daripada bagi makanan dekat sesetengah manusia.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Monyet pun tahu hargai pemberian orang tau. Semoga rezeki abang foodpanda melimpah ruah :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: