seismik

[VIDEO] Wanita Tunjuk Beza Badan Sebelum & Selepas 'Diet', Tapi Ending Pula Ada Plot Twist

Alamak! Baru nak percaya tadi.

Cover image via @nadotdude (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Lumrah bagi sesiapa saja yang ingin menurunkan berat badan, sudah pastinya akan mengamalkan diet sihat bukan?

Tambahan pula jika badan kita bersaiz yang agak besar dan mudah insecure dengan orang lain, tentu kita juga akan nekad untuk menjadi seperti mereka.

Namun, lain pula yang jadi dalam video ini apabila seorang wanita menunjukkan perbezaan badannya selepas enam bulan telah menarik perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Tunjuk beza saiz badan sebelum dan selepas enam bulan, ramai yang hampir percaya

Menerusi video yang dimuat naik oleh @nadotdude, kelihatan wanita itu yang memakai baju kurung menunjukkan perbezaan badannya selepas enam bulan diet.

Pada mulanya, ramai yang kagum melihat perubahan itu kerana dia dilihat memang kurus dan berat badannya nampak turun mendadak.

Namun, terdapat pula plot twist pada hujung video apabila wanita itu muncul di belakang dengan memakai baju kurung yang sama sambil menikmati jajan.

Rupa-rupanya, itu merupakan orang lain dan mungkin ahli keluarganya sendiri. Ternyata, prank mereka berjaya membuatkan ramai terpedaya. Malah, dia sempat berlari naik tangga selepas terkantoi di dalam kamera.

"Buat pertama kali aku kagum dan akhirnya kena scam. Tiber dia muncul kat belakang sambil makan cikedis, haha" - Netizen

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah mendapat 1.2M views, 77.5K likes dan 3.6K shares di laman TikTok.

Tinjauan di ruangan komen pula mendapati rata-rata netizen turut tertipu dengan muslihat mereka berdua. Malah, ada yang ingin bertanya tips diet kepada mereka tetapi tak jadi kerana terkena prank.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Smooth je dia punya permainan ya, ramai yang tertipu ni! :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: