seismik

[VIDEO] "Merenung Nasib Ke?" - Cara Kucing Ini Duduk Buat Ramai Tertanya-Tanya & Terhibur

Alahai comelnya cik meow!

Cover image via @adektheblindcat (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Kucing bukan saja haiwan peliharaan yang comel, malah gelagat mereka yang sering mencuit hati juga membuatkan hari-hari kita ceria

Cara mereka makan, tidur, duduk, tengok televisyen dan macam-macam lagi sememangnya dapat menghiburkan hati.

Sama seperti sebuah video yang memaparkan gelagat seekor kucing ini apabila caranya duduk telah mencuri perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Macam tengah melayan perasaan, cara duduk di ampaian kain buat ramai gelak

Menerusi perkongsian video daripada @adektheblindcat, kelihatan kucing berwarna putih itu suka membuat posisi duduk yang lain daripada kucing lain.

Gelagatnya itu berjaya dirakam di mana ia menggantungkan kedua-dua tangannya di batang ampaian kain tuannya sambil termenung seorang diri.

Menurut tuannya, posisi spontan itu sering dilakukan oleh kucingnya setiap kali ia duduk bersendiriran.

"Aku rasa dia ingat tu dia santai kat tingkap, haha so cute" - Netizen

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah mencecah 586.9K tontonan, 137.7K tanda suka serta 713 perkongsian di TikTok.

Tinjauan di ruangan komen pula mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat gaya duduk kucing comel itu.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Manalah dia belajar duduk macam tu kan. Mesti dia selalu perhatikan tuan dia ni :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: