seismik

Berlakon Jadi ‘Aney’ Dekat Kedai Gunting Rambut, Bayi Lelaki Ini Buat Netizen Terhibur

Comelnya, geram!

Cover image via @iqmimaliki (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Gelagat anak-anak yang petah bercakap sememangnya dapat menghiburkan hati ibu bapa dan orang sekeliling

Tambahan pula jika mereka mula mengeluarkan kata-kata yang kadangkala tidak terjangka dan kedengaran lucu, pasti kita akan ketawa dan teringat-ingat gelagat mereka bukan?

Sama seperti seorang bayi lelaki ini apabila gelagatnya berlakon menjadi Bangladesh di kedai gunting rambut telah mengundang tawa ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Baru umur dua tahun, tapi dah pandai cakap Bangla dengan ayah

Menerusi video yang dikongsi oleh @iqmimaliki, kelihatan bayi lelaki itu sedang berlakon seolah-olah dia menjadi orang Bangladesh di kedai gunting rambut.

Apa yang menghiburkan orang ramai adalah apabila slang yang keluar daripada mulutnya itu benar-benar seperti 'aney' di kedai gunting rambut itu.

Lebih melucukan lagi, dia siap memberitahu ayahnya dia ingin membuang air besar dengan berkata "nak berok aaa" dan berlalu pergi.

"10 kali aku ulang, hahaha sumpah lawak bila dia cakap nak berak aaa" - Netizen

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah mendapat 183.9K tontonan, 14.9K tanda suka serta 1.1K perkongsian di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur dengan gelagat bayi lelaki itu yang comel.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Banyak kali ulang, comel betul dengan perut dia tersembul tu :D

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: