seismik

"Cuak Tapi Siap Jeling" - Budak Pura-Pura Tak Nampak Dinosaur Di Belakang Ini Undang Tawa

"Ni mesti baru tengok Jurassic Park" - Netizen.

Cover image via @gohteckchuan (TikTok)

Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.

Kebiasaannya, kanak-kanak mudah takut dengan badut, orang yang memakai kostum haiwan atau kartun

Kadangkala, ada yang sampai trauma dan terdiam kaku tidak bergerak kerana takut dikacau. Ada juga yang menangis teruk.

Sama seperti sebuah video viral ini apabila gelagat seorang kanak-kanak perempuan ternampak patung dinosaur di belakangnya telah mengundang dekah ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Cuak sampai pura-pura tak nampak dinosaur dekat belakang, tapi mata siap jeling

Menerusi video yang dimuat naik oleh @gohteckchuan, kelihatan kanak-kanak itu sedang berada di sebuah restoran sambil gelagatnya dirakam senyap-senyap oleh ayahnya.

Apa yang menghiburkan adalah apabila dia ternampak orang memakai kostum dinosaur di dalam restoran itu dan pura-pura jadi patung seperti tak nampak kerana takut disergah.

Lebih melucukan lagi, pada masa yang sama dia juga sempat menjeling ke kiri dan kanan untuk memastikan dinosaur itu tidak mendekatinya.

"Dia takut tapi dalam masa yang sama dia berani menempuh cabaran, dia bukan pengecut. Bagus adik!" - Netizen

Ternyata, video berkenaan berjaya membuatkan ramai terhibur sehingga kini telah mencecah 511.8K views, 37.6K likes dan 2.1K shares di laman TikTok.

Rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat spontan kanak-kanak itu yang sangat comel dan pandai berlakon kaku.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Nasib baik dinosaur tu tak sergah awak dari belakang dik, apa-apa pun awak memang funny and cute! :D

LIKE Facebook dan follow Twitter SAYS SEISMIK dan temui segala cerita mesti kongsi sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik: