[VIDEO] Muka Mirip Dato' Seri Vida, Ramai Usik Gadis Ini Jadi Crush Baru Iqbal Pula Nanti
Samalah!
Follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di SAYS Seismik.
Sedar tak sedar, sebenarnya setiap orang mempunyai tujuh muka lebih kurang sama atau benar-benar seiras dengan kita
Tipulah kalau tak ada yang menegur muka anda sama macam kenalan mereka atau artis bukan? Tambahan pula media sosial sekarang menjadi medium utama bagi semua orang, jadi tidak hairanlah jika anda terjumpa 'kembar' anda di situ.
Sama juga seperti sebuah video yang tular baru-baru ini apabila seorang gadis dikatakan mirip seperti Dato' Seri Vida (DSV) telah mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Tak sangka video blow up gara-gara buat gaya sama macam DSV
Menerusi video yang dimuat naik oleh @qistinalfareys, kelihatan dia sengaja berlakon kononnya sedang memegang telefon kepunyaan DSV dan memerlukan face ID untuk membukanya.
Apa yang menghiburkan adalah apabila dia membuat gaya gelak yang sama dan muka duck face sebiji seperti DSV. Lebih melucukan lagi, ramai mengatakan wajahnya benar-benar mirip apabila dia membuat simbol peace dan memakai cincin besar.
"Jangan Iqbal cari aku pulak lepas ni," katanya di ruangan komen.
"Allahu sakit perut gelak, hahaha macam DSV betul bila buat muncung tu" - Netizen
Susulan tularnya video tersebut yang kini telah meraih 429.8K views, 67.2K likes dan 573 shares di laman TikTok, rata-rata netizen turut terhibur dengan cara gadis itu meniru gaya DSV.
Malah, ramai yang berseloroh mengatakan mungkin lepas ini Iqbal akan mencarinya pula sebagai crush baru dan pengganti DSV.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Memang mirip betul! Harap DSV notice dia sebab teringin nak tengok diaorang buat duck face sama-sama :P